“Founder sampah” mulut longkang kutuk KKM hanya terima rahsuah, mengaku produk tak lulus KKM

Sememangnya sejak dari dulu seorang founer produk kecantikan seringkali viral kerana kata katanya dah bahasa yang digunakannya yang agak kesat dan kasar di media sosial , founder tersebut seringkali juga viral dengan beberapa videonya sebelum ini yang sering kali berbaur lucah dan agak tidak berapa menyenangkan oleh rakyat Malaysia.



Siapa yang tidak kenal dengan founder Ekora Beauty yang merupakan seorang founder yang pernah juga viral kerana ditangkap pihak berkuasa setelah video beliau menyerang seorang gadis viral di media sosial pada suatu masa dahulu . Namun ianya sesuatu yang kian lama telah dilupakan oleh netizen yang tidak mengenali beliau pada waktu itu.

Beberapa hari lepas viral pula di media sosial bahawa beliau seolah olah tidak berpuas hati dengan seseorang didalam video tersebut . Namun kenyataan beliau menjadi viral di laman sosial apabila beliau mendedahkan bahawa susah untuk mendapatkan lesen KKM dari mana mana produk dan tidak mungkin diluluskan melainkan dengan menggunakan wang untuk meluluskan sesuatu produk kecantikan .

Kata kata beliau juga seolah olah semua produk yang dululuskan KKM adalah dibayar dan bukannya dikaji dahulu oleh KKM sebelum ianya diluluskan .



Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen ada yang menyokong bahawa produk kecantikan sememangnya amat sukar mendapatkan kelulusan KKM dan ada pula yang mengutuk tindakan founder tersebut mengutuk dan memburukkan KKM yang katanya hanya menerima wang yang besar untuk meluluskan produk. Selain itu beliau turut dikutuk kerana menggunakan bahasa kesat dalam video beliau.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!