Gadis menyesal kahwin bangla sweet tak kerja 2 tahun lepas kahwin

Sebelum ini viral beberapa kali tentang perhubungan antara gadis gadis tempatan dengan warga asing kerap kali dikecam netizen apabila mereka kerapa kali diviralkan video mereka di media sosial . Netizen kebanyakannya menganggap bahawa watga asing kebanyakannya suka mengambil kesempatan terhadap gadis warganegara Malaysia untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia apabila mereka berkahwin.



Ini menyebabkan ramai yang mengutuk gadis gadis tempatan yang menjalinkan perhubungan dengan warga asing terutamanya daripada bangladesh yang kerapkali ditangkap berkhalwat dan sebagainya . Mereks juga dikutuk kerana membela warga asing yang terang terangan melakukan kesalahan dan mengambil kesempatan terhadap gadis gadis di Malaysia menggunakan ayat ayat manis bagi memikat mereka dan seterusnya mengabaikan tanggungjawab mereka selepas kahwin.

Kali ini viral lagi sebuah video seorang gadis yang dikatakan telah berkahwin dengan warga Bangladesh selama dua tahun namun menyesal dengan perbuatannya apabila lelaki Bangladesh tersebut tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Suaminya tersebut dikatakan hanya goyang kaki sahaja dirumah berbeza dengan perbuatannya sebelum kahwin yang jauh lebih rajin dan menjanjikan pelbagai janji janji manis sehingga gadsi tersebut terpukau dengan kata kata suaminya tersebut.



Netizen mengutuk gadis berkenaan kerana sebelum ini telah benyak amaran diberikan dan diviralkan di media sosial berkenaan dengan warga asing namun tidak dihiraukan gadis tersebut sehingga perkahwinannnya dengan lelaki bangladesh tersebut menjadi malapetaka bagi gadis tersebut selama dua tahun menghadapi kesusahan apabila suaminya itu tidak bekerja dan mengasari gadis tersebut.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!