Sememangnya islam adalah merupakan agama majoriti dianuti di Malaysia . Boleh dilihat di Malaysia banyak masjid masjid telah dibina tersegam indah untuk tontonan dan kegunaan majoriti dari umat islam di Malaysia . Namun, akibat dari kecantikan sesetengah masjid, ianya menjadi sesuatu yang menarik perhatian pelancong untuk mendekati dan mengambil gambar yang mungkin boleh menarik pelancong asing yang mempunyai agama yang lain untuk mendekati islam.
Meskipun begitu ramai yang mengannggap behawa agama yang selain daripada islam tidak dibenarkan untuk masuk kedalam sesetengah masjid yang tersegam indah . Boleh dilihat daripada beberapa masjid di negara ini bertulis bahawa masjid tersebut hanya boleh dimasuki untuk orang yang beragama islam dan menutup aurat sahaja.
Ini menjadi halangan bagi pelancong dan orang yang bukan islam untuk masuk kedalam masjid dan mengenali islam secara halus. Namun lain pula yang berlaku di sebuah masjid Al Kauthar di Tawau Sabah yang terkenal tersergam indah yang menarik perhatian pelancong asing untuk memasuki masjid tersebut. Akan tetapi kelainan yang dilakukan oleh masjid tersebut adalah umat islam akan cuba untuk memakaikan pakaian sembahyang bagi pelancong yang ingit memasuki masjid tersebut.
Perkara tersebut dan video beberapa orang gadis yang memakai pakaian yang agak menjolok mata dipakaikan pakaian kain yang digunakan oleh umat islam sebelum memasuki masjid tersebut tanpa menghalang beberapa orang gadis tersebut dari masuk ke masjid dipuji oleh netizen. Netizen juga berharap keadaan ini juga berlaku kepada masjid yang lain kerana ianya mungkin boleh menarik pelancong didalam agama yang berbeza untuk tertarik terhadap islam.
Reply