Gadis penyakit misteri m3ninggal dunia , Netizen sebak.

Sebelum ini viral di laman sosial bahawa seorang gadis yang telah dikatakan tmengalami penyakit misteri yang menyebabkan badan beliau telah meningkat sehingga 200kg dalam masa 3 bulan sahaja. Ianya dianggap penyakit misteri apabila penyakit sebenar gadis tersebut tidak dapat dikesan oleh pihak hospital dan doktor yang merawatnya.

Netizen menganggap penyakit tersebut adalah penyakit yang berasal dari ilmu hitam yang mungkin ‘dibuat orang’. namun hari ini netizen mula merasa sebak apabila gadis yang malang tersebut telahpun m3ninggal dunia malam tadi di Kampung Gaung, Tendong dekat sini.

Nur Izzati Afiqah Hussein, 29, mengalami keadaan itu dalam tempoh lima bulan ekoran penyakit misteri itu menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 10.50 malam.

Ibu saudaranya, Zainab Hassan, 57, berkata, sebelum ‘pergi’ Nur Izzati Afiqah mengalami pendarahan luar biasa.

“Mulanya, kami ingatkan dia datang haid tetapi berlaku dalam keadaan yang begitu banyak.

“Darah tersebut keluar pada jam 2 petang dalam keadaan berketul,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Misteri berat naik sampai 200kg!

Menurutnya, ketika itu Nur Izzati Afiqah masih boleh bercakap seperti biasa dan kemudian beransur-ansur menjadi lemah sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Katanya, dia dan seluruh ahli keluarga reda dengan pemergian arwah yang disifatkan sebagai seorang yang baik.

“Selain ibunya, saya adalah orang yang cukup rapat dengan arwah kerana setiap hari mengurus dan menjaganya sepanjang dia sakit,” katanya.

Zainab berkata, jenazah arwah akan disemadikan jam 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung.

Tambahnya, keluarga terpaksa mendapatkan kerjasama Bomba dan Penyelamat Balai Pasir Mas bagi membantu urusan pengebumian kerana keadaan fizikal arwah.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kehidupan bekas tenaga pengajar kontrak di Pusat Pembangunan Kemahiran Melaka berubah sepenuhnya apabila berat badannya naik mendadak secara ‘misteri’ apabila mencecah sehingga 200 kg dalam masa tiga bulan.

Sebelum ini adik bongsu Nur Izzati Afiqah, Muhammad Khairul Akram, mengalami masalah sama dan meninggal dunia empat bulan lalu pada usia yang muda 25 tahun. Netizen yang sebak mengucapkan takziah terhadap Nur Izzati yang sekian lama menanggung penderitaan penyakit tersebut.
iframe src=”https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fpermalink.php%3Fstory_fbid%3D1614461555360459%26id%3D404709143002379&width=500″ width=”500″ height=”598″ style=”border:none;overflow:hidden” scrolling=”no” frameborder=”0″ allowTransparency=”true” allow=”encrypted-media”>

Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!