Gagal pecah rumah , Lelaki malang dikepung terperangkap diatas bangunan.

Cukup menghairankan apabila rumah yang dibina bertingkat tingkat masih boleh dipecah masuk oleh penjenayah. Jarang kita dengar bahawa rumah flat atau kondo dimasuki pencuri untuk mencuri barangan berharga didalam rumah yang tinggi dan berisiko untuk ditangkap apabila rumah tersebut berada tinggi diatas bangunan dan tiada jalan lain untuk lari dari rumah yang dipecah masuk.



Beberapa orang penjenayah pecah rumah viral dirakamkan oleh netizen yang mana cuba untuk memecah masuk dalam rumah yang kelihatan seperti rumah flat yang berada tinggi diatas bangunan telah terperangkap apabila dikepung oleh orang ramai . Penjenayah tersebut kelihatan memanjat tingkap untuk memasuki rumah berkenaan namun malangnya disedari penduduk flat tersebut yang mungkin lalu lalang di kawasan tersebut .

Melihat didalam video lelaki tersebut masih memanjat sewaktu dikepung dan pihak berkuasa datang tepat pada waktunya untuk mengepung dan menangkap penjenayah tersebut dengan bantuan orang ramai , Penjenayah tersebut berjaya turun dan cuba untuk melarikan diri namun dikejar oleh orang awam dan pihak berkuasa sebelum berjaya ditangkap hasil kerjasama dari orang awam dan pihak berkuasa.



Video tersebut menjadi viral di media sosial kerana kes tersebut jarang berlaku dan netizen menganggap penjenayah tersebut mungkin dalam pengaruh dadah kerana begitu berani memanjat bagunan rumah yang tinggi dan berisiko itu untuk memecahkan rumah tersebut dan mencuri barangan berharga didalamnya.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!