(gambar&video) 2 stroke Fuel injection kit untuk Kawasaki KRR150 tersedia dan bakal dilancarkan

Kawasaki sememangnya kurang popularity dari segi motosikal 4 lejang berkapasiti rendah namun Kawasaki sememangnya amat popular dengan motosikal 2 lejang berkapasity rendah. Ini boleh dilihat dengan popularity model KRR150ZX di Malaysia yang semakin popular namun ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2014. KRR150ZX merupakan model terakhir bagi Kawasaki 2 lejang 150cc di Malaysia .


Beberapa model Kawasaki dikeluarkan di Malaysia iaitu , KR150, KRZ, ZSR CYCLONE, VICTOR, KRR150, KRR150ZX. Semua model tersebut adalah popular dan kebanyakannya menggunakan enjin yang sama sahaja . Kini, masa telahpun berubah. Hampir Semua jentera 2 lejang telah terhapus di Malaysia akibat dari standart pencemaran Malaysia yang ditingkatkan selari dengan negara eropah yang hanya membenarkan euro 4 keatas sahaja dikeluarkan. Kini model 2 lejang yang tinggal hanyalah KTM EXC TPI 250 yang menggunakan sistem fuel injected 2 lejang.

Namun, berita baik bagi pengguna Kawasaki KRR150 kerana sebuah syarikat pengubahsuaian motosikal APITECH telah mengeluarkan kenyataan dan beberapa produk yang bakal dilancarkan dan terbukti berjaya untuk model KR150. Pengubahsuaian tersebut adalah fuel injection kit untuk KR150 yang dikatakan boleh meningkatkan kuasa jentera tersebut sehingga tahap yang tertinggi disamping mengurangkan pencemaran dari jentera 2 lejang tersebut.

Syarikat tersebut turut mengeluarkan video jentera KR150 menggunakan FI kit dari APITECH membuatkan ramai yang teruja dengan modifikasi tersebut . Setelah beberapa lama selepas video itu dikeluarkan . APITECH mengumumkan pula produk tersebut bakal dilancarkan dan megepilkan beberapa gambar produk untuk mengubahsuai sistem carburettor kepada fuel injection . APITECH memberitahu bahawa Fuel Injection kit tersebut sesuai digunakan untuk mana mana motosikal 2 lejang dan 4 lejang namun demonstrasi Fuel injection kit tersebut adalah pada Kawasaki KSR 4 lejang dan KR150 2 lejang.


Menurut video meskipun sistem tersebut dipasangkan kepada KR150 lama, Akan tetapi boleh dilihat di bahagian enjin motosikal tersebut menggunakan enjin Superkips seperti model KRR150, KRR150ZX, KRZ, ZSR CYCLONE. Ini membuktikan lagi fuel injection kit ini memang sesuai dipasang di jentera superkips Malaysia.

Ciri Ciri Injection kit APITECH

Injection Kit APITECH 2 lejang KR150




Injection Kit APITECH KSR

Tiada senarai harga diumumkan namun Alert TV menjangka kos fuel injection kit tersebut mungkin mencecah rm2000 – 4000. Namun sememangnya tidak menjadi masalah kepada peminat modifikasi FI tersebut. Ada ura ura mengatakan bahawa produk tersebut adalah limited quantiti namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!