Gara-gara Gadis cina membawa anjing peliharaan kencing dalam troli Aeon Mall. lelaki suruh staff Aeon samak.

Viral di media sosial apabila seorang gadis berbangsa cina dikatakan membawa anjing peliharaan ke AEON Mall di Melaka. Gadis tersebut turut dikatakan meletakkan anjing peliharaannya didalam troli AEON MALL untuk kegunaan awam atau pelanggan AEON MALL tersebut. Walaubagaimanapun keadaan tersebut menjadi viral apabila seorang lelaki yang juga merupakan pelanggan AEON MALL tersebut telah melihat anjing peliharaan gadis tersebut telah kencing diatas troli AEON MALL tersebut.



Lelaki tersebut meluahkan rasa tidak puas hatinya dan pandangan beliau setelah membantu untuk menyelesaikan hal tersebut bersama staff AEON MALL .

Ingtkan xde lg org bangang abadi kat dunia ni..rupanya de lg..baju cnggih tp otak msih kuno. Dh tau kwsan shopping complex tp msih bw peluk anjing. Siap kencing atas trolli lg tu..si laki dia siap tlong lap kencing anjing pkai tisu tandas. Wife sy dh g kaunter info bgtau samak troli tu. Ni tgh tggu jg trolli tkut org islam guna plak. Dh le sblah tndas baby room ?????. Lps call customer service Aeon, person incharge telah ambil troli dan bgtau kami mereka akan menyertu troli tu..untuk pengetahuan, kami xsempat nk tgur psangan tersebut. Cuma sempt ambil gmbr shaja. Sbb spnjang kjdian tu, ramai org awam ulang alik ke tandas situ dan nampak kjdian tu, tp semua buat xtau shaja. Baik yg muda dan tua. Yg melayu pun nmpk tp semua xnk ambil tndkan. Just tgk je, lps tu main phone. Jd sy dan isteri cuba cri mn2 staff brhampiran. Yg jmpa cuma pkerja asing yg xpham bhasa melayu or inggeris. Jd Isteri sy telah ke kaunter info aras bawah utk mklumkan kjdian tu. Sy pula jg troli tu tuk elak org lain guna troli tu. Pd wktu tu psangan tu sudah tiada. Kami menjaga troli tu hmpir sejam dari pkl 5.30pm-6.20pm smntara tggu staff aeon dtg. Dlm wktu tu juga kami ada call customer care aeon. Alhamdulillah person incharge aeon hdir dan bertindak?. post ni bukan utk rasis pd sesuatu, cuma sgt marah dgn tndakan psangan ini DAN ORANG AWAM??? (semua bangsa) yg lalu disitu langsung x ambil kisah kjdian tu. Byangkan kalo ada org letak baby dlm troli tu, baby tu terpgang najis tu dan hisap jari2.?? tambah sadis kalo mak ayah plak main kemam jari2 anak yg terkena najis tu dlm mulut..sbb tu kami amik inisiatif jg troli tu smpi selesai..prngatan tuk kita semua. Baik yg melayu, cina, india dan lain2. Jgn la dok sibuk sgt main phone tu smpi snggup butakan mata hal2 bgini. Ini tak, dh nmpk buat senyap lps tu blah cam tu je. Brtnggungjwb skit wlaupun org awam. ??



Luahan lelaki tersebut telah mendapat perhatian netizen sehingga posting lelaki tersebut menjadi viral di laman sosial facebook. Netizen melontarkan pelbagai komen berbaur kecaman terhadap gadis cina yang terlibat dan turut menggesa agar pihak AEON Mall dan pusat membeli belah lain agar lebih prihatin dengan kes binatang peliharaan seperti anjing yang merupakan haiwan yang perlu disamak kerana haram disisi islam.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!