Kini semakin banyak kes ragut dan samun berlaku di Malaysia . Ianya sememangnya terdiri dari golongan atasan remaja yang kebanyakannya terlibat dengan pengaruh dadah. Peragut kini menjadi salah satu individu yang paling dibenci oleh rakyat Malaysia sehinggakan orang ramai menggesa sesiapa yang berjaya menangkap peragut seharusnya memukul sepuas hati sebelum dihantarkan kepada pihak berkuasa.
Kebanyakan dari peragut ini menggunakan motosikal kerana ianya merupakan kenderaan paling mudah untuk melarikan diri dan sering digunakan sewaktu meragut. Ianya juga telah menimbukkan persepsi buruk beberapa orang ramai terhadap penunggang motosikal yang mengganggap penunggang motosikal adalah penjenayah seperti peragut. Peragut ini kebanyakannya juga mempunyai tubuh dan kudrat yang sihat namun disalahgunakan.
Akibat dari beberapa kes ragut yang viral di media sosial yang mencederakan mangsa ragut yang kadang kadang hingga mambawa kematian , Seorang lelaki hampir dipukul teruk oleh orang ramai kerana perbuatan beliau yang meragut dan berjaya ditumpaskan oleh orang ramai yang berada ditempat kejadian . Lelaki tersebut kelihatan terbaring diatas jalan dan dipukul beberapa kali oleh orang ramai sebelum beberapa orang lelaki menghalang tindakan orang ramai dari memukul peragut tersebut.
Akan tetapi netizen masih mengutuk lelaki tersebut dan peragut kerana tidak mencederakan peragut dan seolah olah membela peragut tersebut . Netizen juga menggangap undang undang langsung tidak boleh membela mangsa ragut yang mungkin mendapat kecederaan dan kerugian lebih teruk dari peragut itu sendiri.
Reply