Geng motosikal berkuasa tinggi konvoi halang kereta.

Antara kelompok kelompok manusia yang palig dibenci adalah geng mat rempit . Jarang sekali kita dengar geng motosikal berkuasa tinggi dikutuk orang ramai . Geng mat rempit sering kali dikutuk kerana mereka sering menunggang secara merbahaya dan memberikan risiko yang tinggi terhadap diri mereka sendiri dan pengguna jalanraya yang lain.



Namun sebaliknya berlaku kepada geng motosikal berkuasa tinggi yang mereka sering dihormati oleh orang ramai kerana memiliki motosikal yang berkuasa tinggi yang agak mahal untuk dimiliki oleh orang ramai . Mereka juga dihormati kerana kebanyakan dari mereka tidak melakukan kerja kerja yang tak berfaedah seperti merempit , meragut dan sebagainya jauh beza jika dibandingkan dengan mat rempit yang sering menyusahkan diri sendiri , orang awam mahupun keluarga mereka sendiri.

Netizen berpendapat akibat daripada geng motosikal berkuasa tinggi merasakan bahawa mereka dihormati dan terlalu selesa dengan status mereka, viral di laman sosial video konvoi geng motosikal berkuasa tinggi yang melalui sebuah highway yang penuh dengan kenderaan namun konvoi mereka enggan untuk mengenepikan motosikal berkuasa tinggi mereka lantas menghalang kenderaan lain memaksa kenderaan lain mengikut sahaja.



Video tersebut menjadi tular di laman sosial dan dikutuk oleh netizen kerana geng motosikal berkuasa tinggi tersebut dikatakan terlalu sombong dan menghalang jalan orang lain selain mementingkan diri sendiri. Mereka dikatakan tidak menghiraukan pengguna jalanraya yang lain meskipun kenderaan di belakang yang lebih laju menunggu untuk mereka memberikan jalan . apa pendapat anda ? Alert TV




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!