GL RACING Suzuki Address V100 U-Turn Chamber Review.

Review Produk GL Uturn Chamber v100.

Kini Suzuki V100 telah menjadi semakin popular di Malaysia. Ianya merupakan satu trend apabila kelihatan harga skuter berjenama Suzuki tersebut telah menjadi semakin mahal dan diminati ramai di Malaysia. Ianya mungkin boleh digolongkan sebagai jentera retro 90-an iaitu antara skuter yang menggunakan teknologi yang kian pupus iaitu teknologi 2 lejang.



Jentera ini meskipun ianya telah lama namun peminat peminat sejati mula mungumpul kembali jentera tersebut sehinggakan ada pemilik jentera tersebut memiliki lebih dari 10 biji jentera yang sama. Namun kali ini apa yang hendak diperkatakan adalah bukan tentang memiliki jentera tersebut namun kali ini adalah sedikit review jika anda ingin menukarkan ekzos anda kepada aftermarket exzos iaitu GL Racing yang menggunakan design U-turn bagi 2 stroke expansion chamber mereka.

Setelah memasang exzos yang bernilai sekitar rm159 – 300 ini , Beberapa orang pemilik telah memberikan pendapat mereka terhadap exzos ini . Dari segi pecutan , ekzos ini membuatkan V100 mula hilang kuasa pecutan berbanding dengan exzos asal kilang. Meskipun exzos ini kelihatan lebih ranggi , Namun ianya tidak direka untuk pecutan.

Namun apa yang lebih seronok mengenai ekzos GL Racing ini ianya menambahkan sedikit top speed jentera v100. Pemilik boleh merasakan kuasa jentera ini semakin meningkat di sekitar 70 kmh dan ianya menambahkan top speed motosikal tersebut apabila tiada penurunan kuasa pada 70kmh.



Kesimpulannya dari segi prestasi, Ekzos ini akan mengurangkan pecutan v100 namun ianya menguatkan top speed jentera tersebut. ramai pengguna mengatakan bahawa untuk mendapatkan kuasa pada awal RPM , modifikasi pada reed valve dan carburetor perlu dilakukan untuk menambahkan kuasa pecutan.

Dari segi berat pula ekzos ini adalah lebih ringan beberapa kilogram dari exzos asal . Ini adalah kerana meterial yang digunakan adalah steel dan dalaman ekzos GL Racing adalah kosong dan lebih lawas berbanding ekzos asal kilang. GL Racing didatangkan dengan 2 jenis iaitu tembak atas dan tembak bawah yang mana tembak atas atau muffler yang diatas lebih mahal dari yang dibawah perut chamber .



RAmai yang berpuas hati dengan exzos tersebut meskipun beberapa kesan sampingan dari segi prestasi motosikal tersebut yang agak lain. Ianya adalah mungkin kerana bunyi exzos tersebut yang lebih nyaring dan high pitch tipikal racing chamber membuatkan bunyinya jauh lebih kuat dan suka untuk didengar oleh pengguna v100.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!