Pelbagai kerosakan boleh berlaku sekiranya kita tidak menjaga kenderaan dengan teliti . Ianya adalah seperti minyak hitam , 2t dan sebagainya . Simptom utama kerosakan akibat dari kurangnya penjagaan minyak hitam dan sebagainya adalah kenderaan akan menjadi semakin semput dan tidak berkuasa.
Namun lain pula jadinya apabila viral di media sosial tentang sebuah kenderaan yang semput oleh salah seorang netizen yang memuatnaik video yang agak jarang berlaku . Motosikal netizen terbabit dikatakan agak semput dan hilang kuasa apabila ditunggang menyebebkan netizen tersebut mengambil keputusan untuk membukan kotak angin dan carburetor motosikal yang berjenama Yamaha 135LC yang agak popular di Malaysia.
Akan tetapi alangkah terkejutnya penunggang motosikal tersebut kerana dia menjumpai seekor katak telah disedut oleh carburetor motosikal tersebut yang menjadi punca utama motosikal yang dimilikinya menjadi semput dan tidak berkuasa, didalam video kelihatan seekor katak telah terlekat di celah carburetor motosikal tersebut dan dipercayai telah mati akibat dari tekanan sedutan udara oleh motosikal tersebut.
Video katak terlekat didalam carburetor tersebut menjadi viral di media sosial dan mendapat lebih daripada 500 ribu tontonan di media sosial. Netizen terhibur dengan video tersebut dan meluahkan pengalaman masing masing mengenai haiwan yang masuk kedalam corong kemasukan udara didalam kenderaan masing masing seperti ular, tikus , katak, kucing dan sebagainya. Sungguh melucukan akan tetapi ianya memang benar.
Reply