“Halal itu jelas, haram itu jelas” Ustaz Ebit Lew sebak jumpa Marina Mahathir

Teknologi semakin maju menyebabkan dakwah dan beberapa perkara amat senang untuk diviralkan . Ebit Lew merupakan pendakwah yang sering menjadi viral di laman sosial kerana ramai orang yang suka dengan perbuatan, kata kata , dan ceramah beliau yang agak lembut dan senang diterima oleh orang ramai dan bukan jenis yang menghentam mana mana pelaku kesalahan.



Beru baru ini viral video Ebit Lew telah bertemu dengan beberapa orang maknyah dan pondan untuk dibimbing ke jalan yang benar. video tersebut mendapat perhatian netizen apabila cara Ebit Lew menyampaikan dakwahnya amat halus dan lembut yang mungkin diterima oleh beberapa orang maknyah dan pondan yang mengikuti dakwah beliau didalam video yang menjadi viral tersebut.

Kali ini viral pula video beliau telah bertemu dengan Marina Mahathir yang sebelum ini dituduh pembela LGBT oleh netizen yang kerap kali dikecam di media sosial . Pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan tentang kaedah rawatan dan dakwah kepada golongan LGBT yang sering disalahertikan oleh orang ramai dari kenyataan Marina Mahathir yang seolah olah menyokong LGBT yang membawa sesuatu yang buruk dimata rakyat Malaysia.



Namun hairan sekali apabila dalam video tersebut Ebit Lew berkata beliau sebak dengan perjumpaan beliau dengan Marina Mahathir yang kini menjadi jelas bahawa Marina Mahathir sememangnya menyokong usaha Ebit Lew yang berusaha sedaya upaya untuk mengubah dan menyampaikan dakwah kepada golongan pondan dan maknyah yang amat dibenci oleh masyarakat.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!