“Harga macam yahudi mabuk. Bila buyer taknak beli kata buyer sembang kari.”

Pada zaman sekarang dunia sudah semakin moden. Jual beli kini bukan sahaja berlangsung di depan mata malah lebih mudah dengan adanya transaksi dan iklan iklan online yang digunakan oleh ramai netizen. Namun kemunculan media sosial juga menjadi tempat jual beli berlaku. Namun ada juga berlaku kes kes yang menyebabkan pembeli dan penjual bertelagah kerana salahguna negatif di media sosial .



Penjual jarang meletakkan harga barang kerana penjual mungkin mahu memaksimumkan keuntungan jualan mereka . Ini juga adalah strategi penjual untuk memilih pembeli dengan serius dengan bertanya harga atau dikenali sebagai psychological effect. Namun sesetengah penjual kadang kadang tidak sabar melayan kerenah pembeli dan mengutuk pembeli walaupun pembeli hanya bertanya mengenai barangan yang hendak dijual.

Istilah terbaru yang digunakan oleh pengguna media sosial apabila kes ini berlaku adalah “sembang kari”. Apabila pembeli membatalkan niat untuk membeli barangan dari penjual tersebut penjual akan menyifatkan pembeli tersebut “sembang kari”. Ini sebenarnya hal kecil sahaja namun apabila penjual memuatnaik status mengutuk pembeli sembang kari , pembeli mulai merasa marah kerana mungkin terasa dengan kenyataan penjual tersebut.




Seorang netizen telah memuatnaik status yang menyatakan bahawa kuasa ada pada pembeli . Pembeli berhak untuk bertanya walaupun tidak membeli barangan dari penjual . Penjual tidak boleh marah dengan pembeli kerana pembeli sememangnya akan mencari harga yang terbaik bagi barangan yang hendak dijual.



Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!