Harga motosikal pengedar cekik darah. Pengedar ambik untung lebih untuk model hangat?

Di Malaysia, sukan permotoran sudah menjadi amat popular oleh golongan tua ataupun muda. Semakin ramai rakyat Malaysia berminat untuk mengetahui dan menceburi dunia permotoran. Ini boleh dilihat semakin meningkat dengan saban hari kehadiran media sosial yang menjadi penyumbang utama marketing untuk dunia permotoran ini . Pengeluar motosikal berlumba lumba uuntuk mengeluarkan model yang terbaru dan terbaik untuk menyaingi model model dari pengeluar yang lain .



Selain itu pengeluar juga mengambil langkah untuk menambahkan keuntungan dengan mengeluarkan model motosikal limited edition dan special edition yang mengenakan design sticker yang berbeza dan mengenakan sedikit harga bagi model yang mempunyai sticker yang berbeza seperti Honda yang menggunakan Repsol design sebagai keluaran limited mereka dan Yamaha yang menggunakan Edisi movistar sebagai keluaran istimewa mereka. Walaupun tiada apa apa perubahan dari segi prestasi enjin dan bentuk motosikal limited tadi, namun ianya tetap dijual dengan harga yang lebih tinggi.

Kini telah timbul persoalan baru pula apabila pengguna semakin hairan kerana harga yang dikeluarkan oleh pengeluar seperti Yamaha dan Honda adalah jauh lebih murah berbanding dengan yang dijual dikedai. Setiap kedai juga mempunyai harga yang berbeza . Yamaha 125z Movistar limited edition dikatakan dijual oleh Yamaha rm8361 sahaja(tidak termasuk gst) namun di sesetengah kedai Model ini dilihat dijual sehingga RM 12000 – 14000. Dan apabila bertanya mengenai harga tersebut, pengedar cuma mengatakan model ini akan naik harga dan sebagainya.



Masalah ini juga boleh dilihat di model model lain Yamaha seperti Y15ZR Movistar yang dikenakan harga yang jauh lebih tinggi dari harga yang dikeluarkan oleh pengilang Yamaha sendiri . Harga movistar SE bagi Y15ZR dikatakan mencecah 11000 – 12000 ringgit di sesetengah kedai. Harga yang dikeluarkan oleh pengeluar adalah RM8891 sahaja termasuk gst.

Begitu juga terjadi kepada model Yamaha NVX yang dikatakan dijual sehingga RM15000 bagi movistar edition sedangkan harga yang dikeluarkan Yamaha adalah RM10500 sahaja. Masalah ini bukan sahaja terjadi kepada model model Yamaha yang laris namun ianya juga terjadi kepada model laris lain seperti Honda RS150R, Benelli TNT135, Modenas Dinamik .

Adakah tiada kawalan harga bagi pengedar yang telah mengangkat harga dengan begitu tinggi? Sehingga sekarang masih ramai yang tertanya tanya tentang masalah tersebut . Berikutan dengan ekonomi yang tidak seberapa stabil masalah ini memaksa ramai pengguna untuk berfikir panjang sebelum membeli model model kegemaran mereka. Diharap pihak Yamaha dan pengeluar lain boleh menerangkan berkenaan dengan masalah ini.



Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!