“Harta dan kekayaan boleh dibawa mati”.

Kita banyak mendengar pepatah pepatah Melayu yang sehingga kini masih relevan dengan dunia semasa. Namun ada juga pepatah melayu yang tidak lagi relevan dengan dunia semasa kerana perubahan zaman dan teknologi yang amat cepat dan laju pada zaman moden masa kini yang masing masing bersaing untuk menjadi yang terbaik dan termaju.



Namun dalam kemajuan teknologi dan model pada waktu kini , masih lagi ada yang mempercayai adat istiadat yang mungkin tidak masuk akal bagi sesetengah pihak yang seringkali menjadi viral di laman sosial facebook kerana laman sosial sering kali mengongsi sesuatu yang diluar jangkaan namun menarik perhatian netizen untuk berkongsi perkara tersebut.

Kalau dulu wujuk perpatah Melayu mengatakan bahawa harta benda didunia tidak dibawa mati namun ianya mungkin tidak lagi relevan kerana munculnya beberapa buah video tentang ritual kematian di sebuah tempat di dunia yang mungkin berlaku di Thailand. Dalam ritual tersebut dilihat jenazah yang meninggal ditanam bersama harta bendanya sewaktu masih hidup.



Dilihat didalam video , kain dan pakaian si mati ditanamkan bersama mayatnya dan selain itu motosikal juga disertakan didalam liang kubur. Menurut mereka yang melakukan ritual tersebut , mereka menganggap bahawa harta dunia boleh dibawa mati bersama jenazah apabila ditanamkan bersama jenazah. Sungguh pelik akan tetapi ianya benar benar berlaku dan dikatakan kebanyakannya berlaku di negara jiran.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!