Kini angka covid19 telahpun mencecah 900 orang. Angka tersebut meningkat kepada 900 pada 19ho Mac semalam dan ianya cukup membimbangkan netizen Mlaysia yang dikatakan masih berdegil dan mengingkari arahan kerajaan untuk berkurung dirumah Malah berkeras untuk keluar rumah dan berhimpun di tempat awam yang boleh menjadi punca wabak tersebut merebak.
Turut mengalami masalah dan akibat yang sama dari penularan wabak tersebut adalah peningkatan harga barangan untuk mencegah COVID 19 iaitu Hand Sanitizer dan Facemask yang kini dijual dengan harga yang tidak masuk akal di laman sosial dan laman media e commerce yang menyebabkan Facemask kini mencecah lebih RM1 meskipun kementerian kesihatan memberi amaran kawalan harga terhadap barangan tersebut.
Dettol Tiruan
Berikutan dari kawalan harga tersebut viral pula beberapa produk dettol sanitizer yang dijual di laman sosial yang agak pelik dan membimbangkan orang ramai kerana barangan tersebut adalah bukan asli dan mungkin tiruan yang dibuat sendiri dan di pek semula dan dibuat penjenamaan atas nama brand Dettol yang amat popular di Malaysia.
Dettol Asli
Beberapa keping gambar penularan barangan tersebut menjadi bualan netizen yang menunjukkan bahawa botol biasa telah ditempek sticker dettol yang jelas berbeza dengan sanitizer dettol original yang jauh lebih mahal dan kemas. Turut dikepilkan bersama gambar tersebut adalah beberapa keping gambar produk dettol original yang menggunakan botol putih yang kelihatan lebih mahal dari botol tiruan yang menggunakan sticker dettol.
Reply