Honda Nova Dash 2-stroke underbone 90-an.

Honda Nova Dash, Nova Dash RS

Honda Nova dash adalah Underbone terpantas pada tahun 90-an. Honda Nova Dash berasal dari Honda Nova Tenna, dan sebelumnya Honda Hurricane. hanya model Honda Hurricane sahaja yang pernah masuk ke pasaran Malaysia. Nova Dash adalah terpantas kerana satu satunya model Honda yang menggunakan Powervalve iaitu RC-valve yang juga digunakan oleh Honda NSR150 ianya juga merupakan underbone terawal menggunakan sistem Liquid cooling radiator pada zaman itu. mungkin kerana kos yang tinggi Honda Malaysia tidak pernah bawa masuk model ini. Honda Dash Malaysia juga mendapat nama bersempena dengan Honda Nova Dash. Top Speed Honda Nova Dash adalah 140kmh dan amat cepat memecut kerana sistem RC Valvenya.

Engine: 2-Stroke, Single-Cylinder, Liquid Cooled, Crankcase Reed Valve

Bore x Stroke: 55 x 52 mm

Cylinder Capacity: 123.5 cc

Fuel Supply System: Keihin Carburetor PE 24

Compression Ratio: 7.0: 1

Transmission: 6 Speed

Ignition: Electronic CDI Unit

Max Power: 22 PS (21.56 HP) @ 9000 RPM

Max Torque: 1.83 Kgf / m (18.3 N.m) @ 8,000 RPM

Length x Width x Height: 1833 x 650 x 966 mm

Wheelbase Distance: 1355 mm

Empty Weight: 102 Kg

Frame: Aluminum Twinspar Frame

Front Suspension: Telescopic Fork

Rear Suspension: Monoshock, Swingarm

Front Brake: Hydraulic Disc, Caliper 2 Piston

Rear Brakes: Hydraulic Discs, Caliper 2 Piston

Front Tires: 70/90 – 17

Rear Tires: 80/90 – 17

Sehingga sekarang Nova Dash masih lagi popular dan boleh dilihat di Thailand dan Malaysia . Di Malaysia ada yang menggunakan enjin dan memodifikasi Honda Hurricane sebagai Nova Dash . Ada juga yang membawa masuk dalam Malaysia dengan menggunakan Geran Thailand . Harga honda nova dash juga masih lagi tinggi iaitu rm2000 – rm5000 bergantung pada kondisi. walaupun buruk dan berkondisi teruk tapi masih lagi dijual ldengan harga tidak kurang dari rm2000. Block honda Nova Dash juga Segi enam seperti Honda NSR 150 yang jarang ditemui di motor berkategori underbone.

Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!