Hospital Pendang dicadangkan PRU2008 hanya tinggal signboard.

Demam PRU 14 semakin menular di media sosial . Ianya boleh dilihat semakin banyak kempen kempen pilihanraya dan juga perihal politik dipaparkan di media sosial seperti facebook, twitter , instagram dan sebagainya . Pelbagai perihal negatif dan positif dipaparkan di media sosial.


Beberapa hari yang lepas viral di media sosial facebook dan twitter apabila kes lama dibuka kembali oleh seorang pemilik akaun twitter yang telah bertanya mengenai Perihal Hospital Pendang yang dijanjikan sejak PRU 2008 lagi , namun sehingga kini masih dalam tanda tanya dan sehingga kini tidak dibuat dan ditunaikan oleh pihak yang terlibat.

Individu tersebut turut memuatnaik beberapa keping gambar tempat yang sepatutnya menjadi tempat pembinaan hospital pendang yang sehingga kini hanya menjadi semak samun berserta kapsyen berunsur menyindir kepada pihak terlibat yang menggunakan dan menaburkan janji janji palsu sebelum pilihanraya.

Berikutan dengan twit individu tersebut , ianya menjadi viral sehingga ke laman facebook dan beberapa laman sosial lain yang turut mengongsikan pandangan tersebut di media sosial . Netizen meluahkan rasa marah dan kesal terhadap pihak yang terlibat yang tidak berjaya untuk menunaikan janji tersebut sejak tahun 2008 lagi.



Sebahagian dari netizen yang pro kerajaan pula memberikan pandangan yang sebaliknya dengan tweet tersebut kerana ianya mungkin untuk propaganda pru 14 yang bakal menjelang beberapa minggu lagi. Apa pandangan anda? – ALert TV







Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!