Kini kita boleh lihat pelbagai komplen dan luahan berlaku di laman sosial facebook twitter dan sebagainya , Namun tidak ramai yang sedah bahawa kesusahan yang mereka alami mungkin jauh lebih kecil sekiranya dibandingkan dengan kesusahan orang lain yang jauh lebih susah dan mungkin satu satunya perkara yang mereka perlu lakukan adalah bersabar dan meneruskan hidup sahaja kerana tiada apa apa yang boleh dilakukan.
Viral di laman sosial sebuah video yang menunjukkan seorang ibu sedang membonceng 4 orang anaknya dalam keadaan yang agak merbahaya dan dirakamkan oleh netizen sebelum memuatnaik video ibu tersebut bersama anaknya di media sosial . Video tersebut terus menjadi viral dan tersebar dilaman sosial apabila ianya meskipun hanya video biasa, Namun ianya cukup menyayat hati dan penuh pengajaran.
Seorang ibu dilihat membonceng 4 anaknya yang dalam kedudukan yang agak terhimpit dan berada dalam keadaan nyawa dihujung tanduk diatas motosikal membuktikan ketabahan seorang ibu tersebut dalam memelihara anaknya. ianya dijadikan pengajaran oleh netizen yang mungkin tidak bersyukur dengan apa yang mereka ada dan adakah mereka mampu untuk hidup sekiranya mereka dalam situasi ibu tersebut.
Sejurus selepas video tersebut dirakamkan , netizen perakam video telah menawarkan kepada ibu yang malang tersebut untuk menolong memberi tumpang kepada anak anaknya yang mungkin boleh membawa kepada kemalangan dengan membonceng sebegitu ramai atas sebuah motosikal dan perbuatan perakam video tersebut telah dipuji oleh orang ramai di media sosial.
Reply