Imam tipu gadis 14 tahun ditangkap khalwat. R*gol 2 kali di hotel.

Menurut laporan Harian Metro , seorang imam yang berusia 50 tahun telah memberi alasan untuk membantu seorang gadis yang berusia 14 tahun yang ditangkap berkhalwat dengan pasangannya . Namun perbuatannya akhirnya terbongkar apabila gadis tersebut menceritakan perbuatan imam tersebut kepada abang dan kakak iparnya.



Mengsa kemudiannya membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort dengan bantuan ahli keluarganya semalam. Imam terbabit ditahan polis dirumahnya di kampung Beufort pada hari yang sama. Mangsa bersama teman lelakinya adalah antara pasangan yang ditangkap khalwat disebuat hotel di Beaufort oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Dalam Negeri Sabah pada 16 Disember yang lalu.

Lelaki yang bergelar imam tersebut yang juga sebagai penguatkuasa jabatan agama kemudiannya dipercayai menemui mangsa untuk membantu menyelesaikan kes berkenaan . Lelaki tersebut mendakwa bahawa dia akan menyediakan semua urusan borang pertunangan dan pernikahan remaja tersebut dengan pasangannya untuk menyelesaikan kes tersebut.



Namun pada 29 Disember 2017, lelaki tersebut meminta mangsa menguruskan borang nikah disebuah hotel untuk mengisi surat nikah bersama adiknya yang ditinggalkan menunggu di sebuah restoran yang berdekatan. Suspek kemudian masuk kedalam bilik hotel sambil memujuk rayu sebelum merogolnya.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku sekali lagi di hotel yang sama pada 3 januari lalu. Walaubagaimanapun pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes ini.



Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!