(info penuh) Teman lelaki isteri curang ajak rakan pukul suami sewaktu diajak berbincang. Pelbagai fitnah tersebar.

Sebelum ini viral kes Izreen Azminda yang dituduh merosakkan rumah tangga Ude iaitu pemuzik bebas sehinggakan Ude sanggup menceraikan isterinya dengan alasan tidak mempunyai apa apa perasaan lagi pada isterinya. Netizen mengutuk keras lelaki seperti Ude yang dikatakan tidak menghargai isterinya.



Namun, Viral pula kes seorang isteri yang telah dikatakan viral curang bersama seorang pengasas produk yang terkenal dan kaya raya oleh suaminya. Suami wanita tersebut yang dikenali sebagai Zahari Zack di laman media sosial facebook telah meminta netizen memviralkan bukti kes kecurangan isterinya bersama seorang founder produk terkenal iaitu Fadhlan Azim yang merupakan founder kepada DRPRODUCT.

Assalammualaikum semua

Saya adalah suami kepada WAN ATIRAH WAN MALEK dengan ini MELARANG SEKERASNYA isteri saya ini MENIAGA DRPRODUCT. Ini adalah kerana FADHLAN AZIM iaitu founder DRPRODUCT seakanny MENGGODA ISTERI SAYA sehingga banyak gambar mereka berdua duaan dan pelbagai perbualan yang tidak sepatutnya ANTARA MEREKA. JADI SAYA TIDAK LAGI MAHU ISTERI SAYA BERHUBUNG dengan FADHLAN AZIM FOUNDER DRPRODUCT INI.

Saya umumkan secara besar besaran sebab saya INGIN ISTERI SAYA BALIK SEMULA pada saya demi SAYA, anak2 DAN KELUARGA dan SAYA AKAN CUBA sebaiknya memelihara isteri saya. Saya SEDAR SELAMA ini saya KURANG memberi perhatian kerana saya BEKERJA MAKAN GAJI DISIANG HARI DAN PARTTIME kerja LONGKAI diwaktu malam untuk menambah pendapatan isi rumah. Pada awalnya saya membenarkan isteri saya meniaga kerana isteri saya nak bantu saya, namun saya TIDAK SANGKA KEPERCAYAAN saya TELAH DISALAHGUNAKAN oleh isteri saya sehingga TERJALIN HUBUNGAN YANG TIDAK SEPATUTNYA.



Saya MAAFKAN isteri saya kerana saya terlalu sayang pada dia dan anak2 kami masih kecil lagi. Saya SEDAR kurang berharta dan tidak mampu mewahkan seperti golongan elite, tapi 4 perkara asas paling wajib dalam Islam sebagai suami, saya telah laksanakan seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan ubat2an contoh sebelum ni , meminta bantuan ayah utk hantar bahan makanan ketika saya sibuk bekerja, menggunakan motorsikal utk ke tempat kerja dan memberi isteri menggunakan kereta, ada rumah utk duduk sekarang ni sementara menunggu sebuah rumah lagi yang telah saya beli utk kami sekeluarga..

Sesiapa yang membaca status saya ini, saya menyeru JANGAN LAH SOKONG ISTERI SAYA meniaga DRPRODUCT ini kerana perniagaan ini menjurus isteri saya lupa tanggungjawab sebagai isteri dan anak2 kami yang masih kecil ini. Remuk hati saya apabila melihat SEORANG LELAKI BUJANG berhubung berlebihan dengan ISTERI SAYA yang masih bergelar isteri.

#boikotdrproduct
#fasecretbeutyfoundersucks
#rampasisterisaya
#taburjanjimanis
#foundergilasexdenganisteriorang











Kesan dari viral tersebut menyebabkan isterinya terpaksa menutup akaun media sosialnya yang telah menerima hemburan kecaman teruk dari netizen yang menyerang wanita tersebut. Juga dapat dilihat di akaun Fadhlan yang kini masih aktif menerima ribuan kecaman dari netzen yang mengutuk tindakan lelaki tersebut yang dikatakan menggoda isteri orang.



Netizen turut menyerang nombor telefon personal lelaki tersebut dengan kecaman dan menyerang nombor Fadhlan Azim yang masih aktif. Selain itu group whatsapp pengedar Drproduct turut diserang ribuan komen kecaman dan menyebabkan group itu kini telahpun ditukar kepada group lucah.

Kenalan lama Fadhlan Azim turut membongkarkan bahawa lelaki tersebut pernah menjadi money boy(gigolo) dan mendakwa bahawa Fadhlan pernah viral kerana videonya sebagai money boy di genting bersama sugardaddy turut tersebar namun tidak sepopular kes terbaru ini. Namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Sewaktu kejadian ini panas di media sosial dan pasangan terlarang tersebut dihentam bertubi tubi di media sosial , muncul pula posting dari sebuah page di facebook yang membuat tuduhan kepada Zahari Zack bahawa lelaki tersebut adalah kaki pukul dan kaki perempuan. Isterinya pernah meluahkan rasa tidak puas hati dengan suaminya di media sosial pada suatu ketika dahulu namun posting tersebut teruk dikecam di media sosial kerana dalam kes ini , isterinya masih bersalah kerana curang dengan lelaki lain meskipun masih berstatus kahwin.



Posting berkenaan juga diragui kesahihannya kerana agak samar dan tidak cukup bukti selain kenalan Zahari Zack turut tampil didalam komen posting tersebut membela rakannya yang mungkin difitnah oleh page tersebut . Netizen turut menuduh page tersebut adalah page yang dibayar oleh Fadhlan Azim atau mungkin page tersebut adalah milik Fadhlan Azim sendiri.

Posting tersebut :

BACA SAMPAI HABIS !!!
Cerita sebenar isteri curang dengan pengasas produk..

Hari ni viral pasal pengasas produk rampas isteri orang.
Jadi tergerak hati admin untuk cari kebenaran di sebalik cerita, cari punya cari akhirnya admin jumpa cerita yang sebenar.
Wan atirah wan malek ni sebenar dah bercerai dngan suami dia rupanya..
Dan admin dapat tahu Zahary Zack ni jenis suka makan luar dan kaki pukul bini..pernah curang dengan prempuan lain atas katil n keje kikis duit bini je buat main mesin judi..
Admin da check yg semua kereta tu didaftarkan atas nama Wan Atirah, senang crita suami dia ni xkeje n goyang kaki je kat umah pau duit bini..perempuan mana yang sanggup tahan bila dapat suami mcm ni??bila bini mintak cerai mula meroyan pujuk bini balik..

Jadi admin harap korang berhenti laa sebar cerita yang tak betul dan jangan dengar sebelah pihak shaja..Jangan menepuk air di dalam dulang, nanti terpecik di muka sendiri..jangan bukak aib orang nanti terbuka aib sendiri..



Sehingga kini Zahari Zack masih disokong netizen yang masih terbukti sebagai pihak yang benar namun tiada apa apa keterangan dapat didengar dari pihak isteri bersama teman lelakinya Fadlan Azim samada mereka benar benar bersalah atau tidak .
Alert TV tidak akan menyalahkan sesiapa dalam hal ini kecuali setelah mendapat keterangan yang sahih dari kedua belah pihak.



Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!