Identiti atau jantina Nursajat sebelum ini merupakan salah satu topik hangat di Malaysia. ianya menjadi bualan orang ramai kerana ramai yang mengenyaki jutawan kosmetik tersebut adalah seorang lelaki kerana perbuatan dan suaranya yang agak menimbulkan rasa keraguan di mata netizen.
Setelah dihubungi oleh Sir Azry atau papagomo dalam laman facebooknya yang telah viral . Jakim digesa untuk mengambil tindakan atas Nursajat yang mungkin memberikan pengaruh buruk kepada generasi akan datang . Namun setelah ditemui Jakim, Sajat dikatakan menunjukkan kad pengenalan yang menunjukkan dirinya seorang perempuan namun tidak didedahkan kepada orang ramai untuk menutup aib beliau.
JAKIM meminta tempoh sebulan untuk mengumumkan jantina Nursajat sejak dari 19 Januari lagi namun beberapa hari lepas viral pula bahawa ada individu ke 3 yang menghalang dari pendedahan jantina Nursajat tersebut. Setelah itu Papagomo atau Sir Azry telah mengeluarkan kenyataan dalam live akaun facebooknya mengatakan bahawa individu orang ke 3 tersebut adalah Jutawan kosmetik terkenal Dato Aliff Syukri . Namun Sir Azry dan netizen masih menggesa JAKIM supaya mengumumkan identiti sebenar Nursajat.
Pada 15hb Februari 2018 . JAKIM akhinya tampil dengan kenyataan yang mengumumkan jantina Nursajat. Jantina Nursajat akhirnya diumumkan sebagai seorang khunsa. Ianya dikukuhkan lagi dengan akuan sumpah ibubapa Sajat yang mengatakan bahawa anaknya tersebut adalah Khunsa. iaitu memiliki dua kemaluan.
Ekoran dari pengumuman tersebut netizen tidak berpuas hati lalu melontarkan pelbagai komen kecaman terhadap JAKIM yang dikatakan megeluarkan kenyataan yang salah dan masih tidak mempercayai bahawa Nursajat adalah seorang khunsa dan bukannya lelaki atau wanita.
Reply