Sudah lebih dari 3 tahun projek pembinaan dan perluasan jalanraya di Pasir Tumboh Peringat dan Chicha berjalan namun tidak membuahkan apa apa hasil dan masih dalam proses. Penduduk yang sering melalui jalan tersebut mula hilang sabar dengan tindakan oleh pihak bertanggungjawab yang tidak menjalankan tugas mereka.
Pengguna jalan tersebut mula menuding jari kepada kontraktor jalan tersebut dan JKR kerana jalan tersebut dibina dengan lambat dan teruk sehingga menyebabkan berpuluh puluh kemalangan dari pengguna jalan tersebut. Selain itu jalan tersebut juga amat sesak kerana lorong ditutup kepada satu lorong kiri dan kanan dan menjadikan jalan tersebut amat sesak diwaktu petang semasa pekerja pulang dari kerja dan pada waktu pagi.
Kejadian ini berlanjutan selama beberapa tahun tanpa perubahan yang drastik walaupun telah banyak kemalangan yang dilaporkan. kes ini menjadi hangat sekali lagi apabila Seorang netizen memuatnaik gambar kenderaan beliau menjadi mangsa jalan tersebut yang agak teruk dan dalam proses pembinaan.
Netizen Kelantan mengutuk keras pihak yang bertanggungjawab seperti JKR dan kontraktor jalan tersebut yang bertindak sambil lewa dan sehingga sekarang walaupun jalan telah siap akan tetapi permukaan jalan tersebut adalah tidak rata dan boleh mengundang kemalangan. jalan tersebut juga agak gelap diwaktu malam kerana sudah bertahun belum ada lampu yang dipasang di jalan tersebut sewaktu proses pembaikian dan penambahbaikan jalan tersebut dijalankan.
Reply