Janna Nick menyanyi sumbang teruk. Netizen suruh fokus berlakon.

Janna Nick sememangnya seorang artis yang popular pada waktu ini kerana perwatakannya yang tidak menghiraukan segala perbuatan beliau dikecam orang ramai . Beliau sering kali viral kerana perwatakannya yang agak seperti tomboy dan seringkali viral kerana kerapkali menaiki kapchai, vespa dan beberapa lagi jenis motosikal lain yang agak popular di kalangan remaja pada waktu ini.



Sebelum itu, Janna Nick juga telah meningkat popularitinya dengan tersebarnya gambar beliau ketika masih remaja dan berumur belasan tahun sewaktu di sekolah . Beliau pada waktu itu kelihatan agak bertubuh gempal dan warna kulit beliau agak gelap sewaktu zaman persekolahannya. Jauh sekali berbeza dengan penampilan beliau hari ini yang agak cantik dan menarik dan putih jelita.

Beliau juga kerapkali menerima tawaran berlakon di banyak cerita cerita drama yang sering dimainkan di kaca televisyen yang menyebabkan populariti Janna Nick meningkat secara mendadak. Janna Nick juga diambil berlakon dalam filem drama adaptasi dari korea yang terkenal arahan Michael Ang berjudul Coffee prince dan Janna Nick memegang watak utama dalam drama tersebut.



Namun beberapa hari lepas tular di laman sosial bahawa Janna Nick berada atas pentas di sebuah tempat menyanyikan sebuah lagu namun Janna Nick dikutuk teruk oleh netizen kerana suara beliau yang dikatakan agak sumbang dan agak menyakitkan telinga. Netizen juga berpendapat bahawa Janna Nick lebih patut fokus kepada kariernya sebagai seorang pelakon dari penyanyi yang agak sumbang. – ALert TV




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!