Semestinya peminat sukan permotoran MotoGP mengenali Hafiz Syahrin yang merupakan pelumba Malaysia yang pertama yang telah memasuki kejuaraan MotoGP dunia. Beliau sememangnya popular kerana beliau adalah antara orang asia yang berjaya memasuki dan dipilih untuk menyertai kejuaraan tersebut oleh pasukan Tech 3 yang sebelum ini menggunakan Yamaha YZR-M1 sebagai jentera utama pasukan tersebut.
Pada tahun 2019 pasukan tech 3 mengambil keputusan untuk menukarkan jentera MotoGP mereka kepada jentera KTM RC16 sekaligus menyebabkan penunggang mereka mengalami kesukaran untuk mengendalikan jentera KTM berbanding dengan jentera Yamaha sebelum ini iaitu YZR-M1. Poncharal yang merupakan ketua tech 3 mengeluarkan kenyataan kecewa dengan Hafiz Syahrin kerana kegagalannya dalam beberapa perlumbaan motoGP.
Namun jelas diperkatakan bahawa . Jentera KTM RC16 sememangnya bermasalah dan tidak sehebat jentera Yamaha M1 apabila bukan sahaja Hafiz Syahrin gagal untuk mengawal jentera tersebut , Malah Zarco yang merupakan rakan sepasukan Hafiz Syahrin sebelum ini juga gagal untuk mempamerkan prestasi yang cemerlang sewaktu menunggang KTM . Ramai yang berpendapat bahawa perkara tersebt berlaku kerana KTM yang terlalu sombong dan enggan menukarkan chassis, dan absorber beberapa komponen jentera mereka menyebabkan jentera KTM menjadi jentera yang gagal dan bukan penunggangnya.
Lain pula yang berlaku pada jentera jalanan KTM yang dianggap agak istimewa seperti 1290 superduke R yang diminati ramai kerana kuasa tork jentera tersebut yang terlalu tinggi. KTM juga terkenal dengan model DUKE 200, 250,390, 690, 790 yang popular kerana harganya yang agak berpatutan dan sangat kuat. Jentera KTM mungkin kurang dari segi Top Speed namun karekter KTM yang mempunyai tork dan kuasa pecutan yang amat tinggi dipilih oleh peminat jentera tersebut.
1290 Superduke R
Selain itu KTM juga terkenal dengan model 2 lejang enduro yang diminati ramai . KTM juga telah menjadi satu satunya pengeluar model 2 lejang enduro yang menggunakan sistem fuel injection pada jentera 2 lejang. jentera tersebut adalah KTM EXC250 dan 350 TPI yang menggunakan sistem direct injection kepada enjin 2 lejang motosikal tersebut.
KTM 250 EXC TPI Six Days
KTM sememangnya antara jentera yang boleh bersaing sengit dengan pengeluar jepun namun didalam moto GP , KTM sememangnya jentera yang gagal menurut netizen yang pernah merasa jentera jalanan KTM.
Reply