Jikalau sebelum ini viral di media sosial tentang Zizan Razak dan Shuib Sepahtu masing masing bertanding dan menunjukkan jentera masing masing di media sosial, Shuib dikatakan telah lama minat dengan jentera Y15ZR namun dihalang oleh isteranya Siti Sarah yang melarang dirinya untuk membeli jentera tersebut . Namun ianya mungkin hanya sekadar gurauan dari pelawak tersebut berkenaan dengan hal itu.
Baru baru ini viral di media sosial Syuib telah membeli sebiji Y15ZR dan mendapat kebenaran dari isterinya yang kemudiannya dihias oleh Siti Sarah dalam keadaan yang agak melucukan . Setelah beberapa ketika dilihat hiasan tersebut telahpun hilang dari motosikal Shuib dan Shuib telah menghantar motosikalnya untuk dimodifikasi. Shuib turut menunjukkan beberapa barangan yang dibelinya seperti ekzos titanium King Drag, Swing Arm king Drag , beberapa biji helmet , dan juga seat King Drag.
Zizan turut mempamerkan jenteranya yang turut menggunakan barangan yang sama dan kini sedang memasing Dry clutch dari comstar Malaysia di jenteranye. Telah beberapa minggu saingan antara jentera artis ini berlangsung, namun jentera Shuib masih tidak siap untuk dimodifikasi. Zizan yang lebih awal menggunakan jentera tersebut turut boleh dilihat jenteranya di media sosial.
Akan tetapi kejutan berlaku apabila Jep Sepahtu pula memuatnaik jentera Y15ZRnya di media sosial . Jentera Jep Sepahtu kelihatan agak menarik meskipun baru pertama kali ditunjukkan . Apa yang dapat dilihat adalah jentera Jep Sepahtu menggunakan panel tubuh replica Yamaha Monster Energy 2019 motogp dan dari kepala jentera tersebut jelas dilihat bahawa ianya Y15ZR V2 namun tidak pasti sekiranya hanya kepala sahaja yang ditukar.
Turut jelas dilihat adalah ekzos NLK yang agak popular dikalangan pengguna Y15ZR dan lebih murah berbanding dengan Ekzos titanium yang bakal digunakan oleh Syuib dan Zizan Razak. Swing arm juga dilihat telah ditukarkan dengan King Drag seperti Zizan Razak. Selain itu dilihat juga jentera tersebut dilengkapi dengan forged aluminium dari Racing Boy yang bernilai sekitar RM3000 ringgit. Turut ditukarkan juga steel braided hose dan caliper brembo. Spec dalaman Jep Sepahtu tidak diketahui.
Jep Sepahtu turut menyindir Shuib yang menghebohkan jenteranya namun sehingga kini masih belum siap dimodifikasi dan masih belum boleh digunakan setelah sekian lama dibeli. Perbualan antara 2 artis tersebut mencuit hati dengan sindiran Jep yang agak melucukan dan boleh dilihat didalam Instagram Beliau.
Reply