Jual Coverset Yamaha RX-Z “orimoto” RM21000 , dikecam teruk oleh netizen.

Sememangnya Yamaha RX-Z merupakan antara jentera yang amat popular di Malaysia . Tidak dapat disangkal lagi kerana RX-Z merupakan antara model paling laris dan terlama dijual oleh Syarikat Hong Leong Yamaha Malaysia . Dari tahun 1985 Yamaha RX-Z mula dipasarkan dan lebih 10 jenis(facelift) RX-Z telahpun dipasarkan di market Malaysia. RX-Z ditamatkan produksinya pada tahun 2009 kerana ianya merupakan model 2 lejang yang gagal melepasi piawaian standart pencemaran euro 4 di Malaysia.



Sehingga kini Yamaha RX-Z masih menjadi rebutan mat mat moto sehinggakan Yamaha RX-Z semakin meningkat harganya meskipun barang dan sparepart RX-Z ini masih diproduksi sehingga sekarang. Namun Beberapa kali didengar harga Yamaha RX-Z ini kadang kadang dijual pada harga yang agak tidak masuk akal. Sebelum ini telah viral bahawa seorang lelaki telah meletakkan harga terhadap Yamaha RX-Z RM59000 menjadi kecaman netizen.

Beberapa Hari yang lepas viral pula apabila sebuah kedai mat moto terkenal dari Kelantan telah memuat naik coverset RX-Z yang dikatakan original motor yang berkondisi cemerlang yang ingin dijual bernilai RM21000 . Posting kedai tersebut di laman facebook mendapat ribuan share dan kecaman dari netizen yang mengatakan bahawa harga tersebut adalah tidak masuk akal dan terlalu mahal. Netizen mengutuk teruk posting tersebut sehingga ianya viral di laman sosial oleh mat moto.



Namun, tanpa menghiraukan kecaman netizen , kedai motosikal Night Rider Kelantan sekali lagi mengundang kecaman netizen apabila memuatnaik sebuah rim sukan original motosikal Kawasaki KH110 GTO dikatakan bernilai RM25000. posting tersebut sekali lagi viral dengan pelbagai kutukan yang mengatakan bahawa harga tersebut langsung tidak masuk akal kerana seorang lelaki telah memuatnaik gambar motosikal yang jauh lebih “rare” iaitu Kawasaki AR125 yang belum didaftarkan di Malaysia dan dikatakan bernilai kurang dari RM30000 .

Mungkin kedai tersebut hanya mengundang kecaman untuk memviralkan kedai motor tersebut. Siapa tahu niat sebenar pemilik kedai tersebut . Meskipun mendapat kecaman teruk, akan tetapi ianya mungkin akan membantu marketing kedai tersebut tanpa mengeluarkan wang untuk pengiklanan. – ALert TV





Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!