Jual jubah kalis santau, Topi jahitan ‘falaq’ jadi kuat dan bijak rm1200 jelas tunggang agama.

Sebelum ini pendedahan telah dilakukan terhadap penunggang agama yang berlegar di laman sosial mengeluarkan dan menjual produk mereka yang agak tidak logic dan menggunakan beberapa istilah istilah arab dan agama islam untuk melariskan produk ianya dianggap menunggang agama untuk mendapatkan harta dan keuntungan duniawi dan dibenci oleh netizen di Malaysia.



Pada tahun 2017 viral perkhidmatan Valet Doa yang telah dibongkarkan oleh PW atau Pseudoscience watch iaitu laman page facebook yang mendedahkan valet doa sehingga ianya menjadi viral di laman sosial . Seorang lelaki dikatakan mengenakan caj caj dan pakej tertentu untuk dikirimkan doa kepada beliau di makkah yang mana tempat dimana doa dimakbulkan . Viralnya perkara tersebut sehinggakan lelaki tersebut dijemput dan diselar didalam rancangan terkenal Motif viral.

Namun lain pula yang berlaku pada tahun 2018. Satu lagi kes menunggang agama dilaporkan apabila sebuah laman menjual jubah yang dikatakan kalis makhluk halus , santau dan sebagainya dijual dengan harga rm300. Selain itu turut dijual adalah topi yang dikatakan boleh merawat pelbagai penyakit dan menjadikan pemakainya menjadi lebih bijak dan kuat dengan nilai rm1000 – 1200. Kedua dua produk tersebut dikatakan dijahit dengan ‘falaq’ yang tidak dapat dipastikan apa maksudnya yang sebenar.



laman facebook page tersebut dikutuk keras oleh netizen di media sosial kerana dengan jelas menunggang agama dan mengunakan beberapa istilah arab untuk meraih dan menipu pelanggan selain dari meletakkan harga yang tidak masuk akal kepada produk yang dijangka kos pembuatannya adalah bawah dari rm50 . Alert TV berjaya mencari video demonstrasi topi tersebut yang mengatakan bahawa topi tersebut turut memberikan kekuatan kepada pemakainya.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!