Jual Yamaha RX-Z yang belum didaftarkan RM59000. lelaki dikutuk teruk.

Yamaha RX-Z sememangnya menjadi kegemaran peminat sukan permotoran di Malaysia . RXZ dikatakan menjadi ikon lagenda 2 lejang di Malaysia. Keluaran terakhir Yamaha RX-Z adalah pada tahun 2009, Yamaha telah menamatkan pengeluaran model RX-Z setelah hampir 2 dekat ianya telah dikeluarkan.




GENERASI YAMAHA RX-Z

RX-Z menjadi salah satu ikon lagenda motosikal 2 lejang kerana kuasanya yang tidak dihadkan didalam tempoh pengeluarannya. RX-Z dikatanya mampu mencapai kelajuan lebih 160 kmj tanpa pengubahsuaian pada motosikal tersebut. Selain itu RX-Z juga menjadi semakin popular apabila trend remaja yang meminati bentuknya yang seakan akan motosikal retro dan seringkali dilihat Yamaha RX-Z digandingkan dengan rim sukan motosikal klasik seperti GTO, AR-80 , MBX, Daytona , RD dan lain lain.

Kos untuk memodifikasi dan servis RX-Z juga amat murah berbanding dengan motosikal yang lain kerana sistem 2 lejang penyejukan udara tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dimodifikasi. Ini juga menyebabkan Yamaha RX-Z digemari oleh peminat 2 lejang di Malaysia. Dengan sedikit modifikasi, RX-Z senang sahaja menewaskan Kawasaki KRR150ZX yang juga antara motosikal 2 lejang terakhir di Malaysia.



Kini, setelah penamatan produksi Yamaha RX-Z. Nilai RX-Z telah meningkat dengan mendadak. Peminat 2 lejang mula beralih kepada Kawasaki KRR150ZX yang diproduksi selama 4 tahun dan juga ditamatkan produksinya pada tahun 2013. Sekarang, RX-Z dijual sekitar rm5000 sehingga rm15000 bagi yang berkondisi cemerlang.

Namun tersebar di media sosial seorang lelaki yang tidak dikenali telah memuatnaik gambar Yamaha RX-Z yang diproduksi pada tahun 2005 yang masih belum di daftarkan dan dijual sehingga RM59000. RX-Z tersebut belum pernah digunakan . Netizen mengutuk lelaki tersebut kerana meletakkan harga yang sebegitu mahal. RXZ dikatakan overrated sekiranya menjangkau lebih dari rm20 ribu ringgit. RX-Z juga dikatakan masih belum dikira sebagai “Rare” dan retro berbanding motosikal lama Yamaha yang lain .

Bagi Alert TV , RX-Z yang dijual lebih dari RM20000 dikira overprice, kerana RXZ bukanlah motosikal retro mahupun rare. kebanyakan yang menjual RX-Z puluhan ribu ringgit adalah terdiri dari golongan muda yang sibuk berebut menjadi idola. Jadi, apakah pandangan anda?






Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!