Kanak kanak tercampak keluar kereta di traffic light Terengganu.

Mungkin ramai yang tidak mengerahui mengenai fungsi child lock dalam kereta mereka . Fungsi ini jelas tidak banyak digunakan meskipun kenderaan dilengkapi dengan fungsi tersebut untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku . Child lock sebenarnya adalah salah satu fungsi kenderaan yang mengunci kereta anda dari dalam untuk mengelakkan kanak kanak yang agak liar bermaik dengan pintu tanpa memikirkan keselamatan diri mereka.



Kelmarin viral dalam sebuah video yang dimuatnaik di media sosial apabila sewaktu menunggu di traffic light , dilihat sebuah kereta yang sedang masuk salah satu simpang di traffic light tersebut mencampakkan seorang kanak kanak keatas jalan dengan pintu kereta yang terbuka. Orang ramai yang berada ditempat kejadian bergegas untuk menyelamatkan kanak kanak tersebut dan mengalihkan kanak kanak tersebut ketepi.

Dilihat didalam video jelas terbukti bahawa kanak kanak yang tercampak keluar dari kenderaan tersebut adalah akibat dari child lock yang tidak digunakan dan kanak kanak tersebut mungkin telah membuka pintu kenderaan tersebut sewaktu kereta sedang mengambil selekoh dan mengakibatkan pintu kereta tersebut terbuka dan mencampakkan kanak kanak tersebut.



Namun agak bernasib baik apabila tiada kenderaan yang laju mengikuti kenderaan kanak kanak tersebut . sebaik sahaja kejadian tersebut disedari , orang ramai dan kenderaan yang mengikuti kenderaan tersebut sempat untuk menghentikan kenderaan sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku. Kejadian dikatakan berlaku di Terengganu.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!