Viral di media sosial seorang lelaki telah menampal banner di sebuah tempat di Malaysia. Lelaki tersebut menjadi viral setelah ditangkap menampal banner tersebut di sekitar jalan di sebuah kawasan di Shah Alam . Banner tersebut dikatakan banner yang agak sensitif dan boleh menimbulkan isu perkauman yang serius dan mungkin mengguris hati bangsa selain melayu kerana perkataan didalam banner tersebut yang agak sensitif.
Lelaki tersebut ditangkap sewaktu menampal banner sensitif yang boleh mencetuskan isu perkauman kerana bannar tersebut dikatakan tertulis ‘cina dan inda sila sedar diri’ oleh sebab kejadian tersebut lelaki tersebut dikutuk oleh netizen yang bimbang isu tersebut menjadi isu yang serius. Namun ada juga yang membela lelaki tersebut yang diserang oleh lelaki india yang menangkap lelaki tersebut.
Lelaki tersebut turut didesak oleh orang yang berada ditempat kejadian supaya mendedahkan individu yang mengupah beliau melakukan perkara tersebut namun menurut video yang telah viral tersebut , tiada apa apa maklumat didedahkan. Lelaki tersebut juga kelihatan takut dan pucat akibat dikerumuni polis dan orang awam.
Netizen turut memberikan beberapa pendapat yang berbeza mengenai perkara tersebut yang mengatakan bahawa lelaki tersebut mungkin diupah oleh orang tertentu untuk mencetuskan provokasi memandangkan kerajaan baru yang telah bertukar dan ada juga berpendapat bahawa lelaki tersebut sengaja melakukan perkara tersebut kerana dirinya mungkin bersifat rasis.
Reply