Kawasaki tewaskan Honda, Yamaha, KTM, dengan model terbaru 250cc Malaysia.

Mungkin ianya sudah lama digembar gemburkan di media sosial berkenaan dengan Kawasaki Ninja 250 2018 yang menjadi pencabar kepada Yamaha dan Honda iaitu CBR250 dan R25. Kawasaki merupakan pengeluar jentera 250cc 2 silinder terawal namun ianya ditewaskan oleh Yamaha R25 dengan kuasa yang jauh lebih tinggi dan seterusnya ditewaskan dengan Honda pula dengan kuasa yang jauh lebih tinggi.



Menggemparkan apabila pada awal 2018 Kawasaki tidak berdiam diri apabila Kawasaki melancarkan model terbaru 250cc 4 lejangnya yang menghemburkan kuasa hampir 40hp. Ianya merupakan suatu kuasa yang baru memandingkan Ninja 250 model yang sebelumnya hanya mampu menghemburkan kuasa 32hp sahaja. Ianya mungkin adalah kerana Kawasaki cuba mendominasi kuasa dari semua kategori iaitu 250cc , 600cc dan 1000cc yang kini didominasi oleh kawasaki H2.

Sebelum Kawasaki , Honda menewaskan R25 dengan 38hp dan rekaan yang jauh lebih menarik dari R25 namun model tersebut tidak pernah sampai ke Malaysia kerana ianya tidak melepasi piawaian pencemaran di Malaysia selain dair masalah harga dan cukai Malaysia yang tinggi akan membuatkan ianya berharga hampir 30 ribu sekiranya dilancarkan .



Ianya diangap seseuatu yang merugikan oleh Honda yang hanya membawa masuk model 250cc 1 silinder iaitu CBR250R dan model dua silinder pula digelar CBR250RR. Akibat dari kejadian tersebut, peminat motosikal Malaysia telah berputus asa dengan model baru Kawasaki 250 ini . Namun akhirnya Kawasaki tidak menghampakan peminatnya dengan membawa masuk model ini yang merupakan model paling berkuasa dalam kelasnya.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!