Dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini semakin banyak kes yang melibatkan kedai mamak viral di media sosial yang menghakis kepercayaan rakyat Malaysia untuk makan di kedai mamak . Ianya adalah kerana kedai mamak seringkali melankukan sesuatu yang kotor dan menjijikkan bagi setiap orang yang ingin makan di kedai mamak.
Tahun lepas sahaja sudah beberapa kali restoran mamak viral di media sosial kerana kekotorannya yang menyebabkan lauk di restoran kedai mamak dikatakan dijamah tikus sebelum dihidangkan . Turut viral juga restoran mamak dikatakan menggunakan tukang masak yang bukan beragama islam pada tahun lepas yang membuatkan netizen merasa was was untuk makan di kedai mamak bagi yang beragama islam.
Namun beberapa hari lepas viral pula kedai mamak yang dikatakn menggunakan makanan yang lama namun dihidangkan pada keesokan harinya kepada seorang lelaki yang membeli makanan tersebut untuk ahli keluarga beliau yang tidak berpuasa . Roto canai yang dibungkus adalah roti canai yang dipanaskan dan bukan dibuat oleh kedai mamak tersebut sebaik sahaja dipesan.
Netizen mulai berasa sangsi untuk makan dikedai mamak kerana terlalu banyak kes yang melibatkan kebersihan dan makanan berlaku di kedai mamak . Baru baru ini juga sebuah restoran mamak yang agak popular dan besar telah tutup kerana telah viral kerana membasuh pinggan mangkuk menggunakan air longkang. Harap harap kedai mamak lebih berhati hati mengenai kebersihan kerana rakyat Malaysia amat mementingkan kebersihan dari segi makanan.
Reply