Kedai motor gila ambil kesempatan cas rm80 untuk tukar tayar Harley Davidson.

Tular di laman sosial seorang pengguna motosikal Harley yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada sebuah kedai yang dikunjunginya di johor . Dikatakan bahawa kedai tersebut adalah sebuah kedai motor yang mengenakan cas yang amat mahal berbanding dengan cas yang sepatutnya.


Lelaki tersebut memberitahu bahawa motosikal miliknya bocor tayar lalu menghantar motosikalnya ke sebuah kedai untuk dibaiki dan digantikan dengan tayar baru , namun kosnya adalah rm80 ringgit. Lelaki tersebut turut memberitahu bahawa beliau sememangnya mempunyai wang untuk membayar kos tukar tayar tersebut namun kos tersebut adalah tidak logic dan teramat mahal kerana servis yang dilakukan cuma menukar tayar.

Lelaki tersebut mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja sehingga lelaki tersebut telah menjumpai akaun facebook perniagaan kedai tersebut yang memuat naik posting seolah olah menyindir lelaki tersebut . Didalam posting tersebut memberitahu bahawa cas tersebut adalah tinggi kerana motosikal yang ditukar tayar tersebut adalah bukan sejenis motosikal biasa namun ianya adalah motosikal mewah Harley Davidson.


Luahan lelaki tersebut mendapat perhatian di media sosial yang turut bersimpati dengan lelaki tersebut dan masing masing meluahkan pengalaman masing masing di ruangan komen.

Berikut adalah posting lelaki tersebut.

PERINGATAN!!!

Kepada smua pengguna motor sekiranya ade krosakn atau hal lain pasal motor anda diharap lupakn shj utk singgah ke kedai “HIPER MIX MOTOR SPORT” behadapan JBCC.. bukan niat sy utk mengaib atau utk menjatuhkn perniagaan org.. diharap smua berhati-hati dan jgn smpai trkena mcm sy upah tukar tayar smpai rm80.. sy bukan xde duit nk bayar tapi agak2 la upah tukar tayar smpai mcm tu mahal.. sy bukan tukar tayar lori nk charge smpai mcm tu cuma tayar motor je pun.. pstu tauke kedai siap update status kt pesbuk tu yg xbole bla..?





Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!