Kelmarin boleh di lihat di laman twitter dan facebook Dato Seri Najib Razak yang merupakan bekas perdana menteri Malaysia sebelum ini memuatnaik beberapa keping gambar beliau sedang bersolat tarawikh di sebuah masjid berdekatana dengan kediaman beliau. Ekoran dari pada itu ramai yang menganggap mungkin Najib masih sedang dalam siasatan dan tanpa tindakan yang diambil terhadapnya lagi.
Namun beberapa jam setelah selesainya solat tarawikh, Media utama Malaysia dan beberapa orang netizen yang berada di sekitar kediaman bekas perdana menteri tersebut telah merakamkan live beberapa buah kereta polis bersama sebuah trak polis menyerbu kediaman bekas perdana menteri tersebut. Namun hasil dari video tersebut tiada apa apa yang dapat dilihat melainkan beberapa orang polis telah masuk ke dalam kediaman perdana menteri , dan setelah beberapa jam , pihak berkuasa telahpun keluar dari rumah kediaman perdana menteri bersama beberapa buah kotak yang dimuatkan di belakang trak polis tersebut.
Pada awalnya dilihat kotak kotak tersebut seolah olah berisi dokumen dan netizen menuduh bahawa ianya adalah bahan bahan bukti skandal 1mdb yang melibatkan Najib , Namun polis menafikan perkara tersebut dan menyatakan bahawa ianya adalah barang rampasan pihak berkuasa seperti beg tangan , pakaian dan hadiah dari kediaman perdana menteri tersebut yang mungkin berasal dari skandal 1mdb.
Pihak polis mengambil masa yang agak panjang untuk menggeledah rumah bekas perdana menteri tersebut untuk memastikan rumah tersebut digeledah dengan sepenuhnya. Pihak polis turut menjelaskan bahawa rumah tersebut mempunyai begitu banyak bilik dan masa yang panjang perlu diambil untuk menggeledah kesemua bilik kediaman tersebut.
Reply