Kelemahan design DOHC RS150R yang gagal menewaskan DOHC motosikal lain.

Honda RS150R sememangnya popular dan berkuasa dengan sistem DOHC atau dual overhead camshaft yang menjadikan enjin motosikal tersebut dipilih oleh ramai pengguna yang memilih jentera berdasakan prestasi DOHC berbanding SOHC. Namun difahamkan bahawa DOHC RS150R tidaklah sehebat model 2008 CBR150, Suzuki Belang dan FXR 150. Ianya adalah kerana meskipun RS150R mempunyai sistem DOHC namun secara teknikalnya ianya adalah seperti SOHC.



Motosikal yang menggunakan sistem DOHC biasanya mempunyai 2 camshaft dan 2 lift untuk membuka valve bagi kemasukan dan penyeluaran asap dari enjin. Namun RS150R mempunyai design yang berbeza yang mana lift camshaft enjin RS150 hanya mempunyai 1 sahaja. 1 camshaft lift ini akan mengawal 2 valve intake valve dan 2 ekzos valve yang dikendalikan oleh rocker arm seperti SOHC.

CAMSHAFT CBR150 2008

CAMSHAFT HONDA RS150R




Design ini menjadikan powerband enjin RS150R lebih lembut dan kurang kuasa berbanding enjin yang mempunyai 2 camlift yang terus mengawal setiap intake dan valve ekzos. Power loss di rocker arm yang mengawal 2 valve RS150R adalah penyebab utama enjin ini gagal untuk menyaingi kuasa enjin CBR 150 yang lama.

Namun enjin jenis ini adalah lebih selesa dan lancar berbanding enjin yang mempunyai 2 camlifiting yang jauh lebih agresif dalam menghasilkan kuasa di setiap putaran enjin . Ramai yang menganggap Honda memilih sistem ini hanya untuk memastikan kelancaran penunggangan dan enjin berbanding enjin CBR 150 yang lebih berkuasa dan agresif.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!