Kelibat singa lagenda Aprilia RS250 dijual dengan harga RM75000

Mungkin ada yang terlepas pandang , bahawa penjualan RS250 fully restored , rebuild menjadi viral di laman sosial . Mungkin juga ramai yang tidak mengenali model 2 lejang lagenda ini yang amat digeruni pada suatu ketika dahulu. Aprilia RS250 merupakan motosikal lagenda yang dibina diatas jalan yang diinspirasikan dari Aprilia RSW 250 yang pernah digunakan oleh Valentino Rossi , Max Biaggi, Loris Capirossi untuk ketegori 250cc 2 stroke sebelum ditukarkan kepada 600cc 4 stroke.




Mungkin ramai yang memandang Ducati Panigale , BMW HP4 dan lain lain motosikal moden yang lain namun RS250 bukan calang calang motosikal sukan. Ianya meskipun 250cc namun sekiranya diletakkan bersebelahan dengan motosikal moden pada waktu kini , semestinya otai otai akan mengelilingi RS250 ini apatahlagi yang telah fully rebuild bersama komponen komponen prestasi seperti VHM head, Cougar PowerValve dan “exzos yahudi” jim lomas yang terkenal dengan prestasi dan harganya yang agak mahal.

RS250 dilengkapi dengan enjin Suzuki VJ22 yang mampu menghemburkan kuasa sehingga 70hp berbeza dengan Suzuki RGV250 yang menghemburkan 60 – 65hp. Meskipun mempunyai enjin yang sama namun ianya lebih berkuasa dari RGV250 Ia adalah kerana sedikit pengubahsuaian dari sistem pengapian, ekzos, block, dan kotak angin untuk memastikan enjin tersebut lebih berkuasa tanpa mengurangkan ketahanan enjin tersebut.




Kini boleh dilihat Fully rebuild Aprilia RS250 yang hanya disimpan didalam kondo dan hanya digunakan dengan minima iaitu kurang dari 5000km pada odometernya. Tidak dapat dipastikan berapa jumlah untuk membina jentera sebegitu namun yang pasti ianya pasti melebihi kebanyakan dari harga Superbike moden pada waktu ini.

Jentera tersebut dikatakan dibina semula dengan hasil kerja AZ motorworks yang menelan belanja yang amat tinggi . Pada awalnya jentera tersebut dijual dengan harga RM100000 namun kini diturunkan kepada RM75000 dengan pelbagai komponen komponen percuma dengan pembelian selain hampir semua komponen motosikal tersebut adalah baru. Sekiranya ada yang mengecam harga tersebut, “tepuk dada, tengok pocket dan motosikal sendiri”-kata Az Nosruddin di laman sosial.

Motosikal tersebut kini boleh dilihat dijual didalam Mudah.my. segala spesifikasinya juga boleh dilihat didalam laman sesawang tersebut. Macam mana ? On X on? – Alert TV




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!