Masalah utama di Malaysia yang sejak dari dahulu lagi tidak dapat dibendung sehingga kini . Ini adalah masalah trafik yang seringkali berlaku di Malaysia . Meskipun pelbagai pembaharuan diabuat di sekitar jalanraya di Malaysia , Namun ianya jelas tidak berkesan apabila kebanyakan sikap orang Malaysia itu sendiri yang membuatkan jalan jalan di Malaysia mengalami kesesakan yang teruk .
Kesesakan jalanraya biasanya berlaku apabila musim cuti sekolah dan perayaan kerana ianya disebabkan kenderaan yang berpusu pusu keluar masuk dari bandar. Namun dari segi harian pula jalan akan sesak apabila berlakunya kemalangan jalan raya yang menghalang kenderaan daripada bergerak dengan sempurna justeru menjadikan kesesakan lalulintas yang bertambah teruk.
Namun ianya bukan sahaja disebabkan kemalangan kerana viral video di media sosial lelaki yang kehairanan mengamuk didalam kereta beliau sambil dirakamkan oleh kawan beliau . Lelaki tersebut menjelaskan bahawa kemalangan telah berlaku di lane kanan manakali di lane keri yang juga merupakan laluan lelaki tersebut turut sesak. Beliau yang kehairanan jelas menyindir sebahagian sikap rakyat Malaysia sendiri yang mencipta kesesakan lalu lintas.
Sindiran yang agak pedas itu disokong oleh netizen kerana telah banyak kes seperti didalam video yang mana lane yang berbeza menjadi sesak gara gara pemandu pemandu di Malaysia yang memperlahankan kenderaan meskipun tiada kemalangan diatas lane yang dilalui mereka. Ianya merupakan sikap yang menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku tanpa sebab.
Reply