“Kenapa perlu diam dan tak boleh war warkan?” – emma dikecam tunjuk gambar nak solat.

Emma Maembong menerusi Instagramnya hairan dengan sikap segelintir masyarakat yang memandang negatif apabila amalan kebajikan dan keagamaan. Netizen menasihatkan bahawa tidak perlu memuatnaik gambar beliau dan keluarganya bersolat bimbang takut mengundang riak dan sebagainya.

Rata rata netizen bersetuju kerana perkara tersebut tidak digalakkan dalam agama kerana ianya mungkin boleh mengurangkan atau menghilangkan pahala apabila menunjuk sesuata amalan yang dibuat . Emma maembong turut dikecam memuatnaik gambar mesra dengan suaminya sebelum ini yang agak dikatakan keterlaluan bagi seorang yang beragama islam.



“Pelik zaman sekarang. Kalau post TikTok tak apa, jadi trend ramai-ramai akan ikut.

“Bila post bab agama mesti ada komen nak tunjuk la tu’ atau ‘nak perli-perli’,” tulisnya.

Emma berpendapat tidak salah berkongsi amalan baik di laman sosial.
Oleh itu, Emma meminta orang ramai supaya berhenti bersikap negatif dengan posting sedemikian.
“Jangan bila orang post mengenai agama je nak kecam. Lama-lama semua orang takut nak post.
“Akhirnya, pasal agama semua dah senyap di IG, Hanya tinggal cabaran yang merepek untuk ditularkan atau tarian TikTok,” katanya.



Menurut postingnya itu, Emma memuat naik perkongsian berkenaan sementara menunggu solat berjemaah fardhu Isyak bersama suami dan bapa mentuanya. namun Emma maembong dikecam akibat dari gambar tersebut yang dikatakan menunjuk nunjuk bersolat namun Emma membalas balik kecaman tersebut membuatkan beliau dikecam lagi.

Status Emma yang dimuatnaik berikutan kecaman netizen




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!