Dato Aliff Syukri sememangnya popular sebagai seorang jutawan Dherbs yang mencetuskan pelbagai kontroversi di laman sosial . Baru baru ini Dato Aliff dikatakan menjadi pemilik kepada kereta mewah Rolls Royce yang disita polis tempohari kerana kesalahan menggunakan LKM dari Sarawak . Dato Aliff Syukri juga menjadi popular di media sosial apabila mengeluarkan single dengan seorang lagi jutawan produk kecantikan iaitu Nursajat yang bertajuk Abang nak tegur.
Lagu tersebut menjadi viral kerana mendapat terlalu banyak dislike dilaman youtube sebaik sahaja dilancarkan . Tanpa menghiraukan kecaman netizen, Dato Aliff Syukri juga telah mengeluarkan Music Video Abang Nak Tegur dan menjadi trending di laman Youtube. Lagu itu sekali lagi menerima dislike yang bertalu talu dari netizen yang melihat video tersebut. Namun semalam keluar pula satu lagi bahan kecaman netizen apabila Trailer filem badang yang dibintangi oleh Dato Aliff syukri menjadi viral di media sosial.
Mengikut trailer filem Badang , Dato Aliff Syukri dikatakan menjadi pelakon utama filem tersebut digandingkan bersama satu lagi pelakon popular di Malaysia iaitu Fasha Sanda. Walaupun filem tersebut diarahkan oleh pengarah terkenal Prof Dr A Razak Mohaideen, netizen mengutuk filem tersebut sebagai filem yang tak cukup bajet untuk membayar kru.
Boleh dilihat di ruangan komen posting berkenaan dibanjiri oleh ribuan komen kecaman dari netizen yang mula muak dengan Aliff Syukri setelah terlalu banyak kontroversi beliau di media sosial. Dikatakan juga filem tersebut bakala keluar bersama filem the black panher dari negara eropah yang bakal melenyapkan jualan tiket filem tersebut. Apa apa pun kita tengoklah nanti samada filem tersebut berjaya atau tak . Single Dato Aliff Syukri pun dikatakan berjaya walaupun dapat banyak dislike betul tak? – ALert TV
Reply