“Kenapa syarikat dari China berkait ECRL diberi pelepasan cukai?” Itu kena tanya menteri sendiri…

Sekian lama hal pelepasan cukai GST bagi projek ECRL menjadi bualan netizen, ramai yang bertanya dengan pakar ekonomi mengapa projek tersebut dikecualikan daripada cukai manakala banyak projek projek kerajaan lain dikenakan cukai oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia.



Seorang pakar Ekonomi DR M Abdul Khalid kerap kali ditanya mengenai hal tersebut dan beliau menjelaskan bahawa beliau juga hairan ECRL diberi pelepasan cukai sedangkan kontraktor tempatan dikenakan cukai GST seperti biasa, Beliau juga turut berkata persolan itu perlu ditanya kepada menteri yang terlibat.

Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah memperjelaskan laporan berhubung pelepasan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sepertimana yang hangat diperkatakan.





Pelepasan cukai GST bagi projek ECRL adalah bagi memastikan kos pembinaan berorientasikan perkhidmatan awam itu kekal pada anggaran asal RM55 bilion.

Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, pelepasan itu juga mengelakkan kerajaan membuat pinjaman tambahan jika projek mega itu dikenakan GST.

“Ini adalah projek kerajaan, jika dikenakan GST, ia seolah-olah kenakan pada diri sendiri (kerajaan).
“Kita beri pelepasan kerana jika tidak, harga kos projek ini akan meningkat, maka lebih baik pelepasan (GST) dan tidak perlu pinjam lagi, malah kekalkan kos harga yang asal.”

Tidak pasti yang manakah yang benar, Pihak Alert TV menyerahkan kepada anda untuk menilainya sendiri.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!