Tahun ini merupakan tahun bertuah bagi Malaysia kerana Malaysia akhirnya mempunyai wakil yang pertama untuk menyertai kejohanan perlumbaan motosikal berkuasa tinggi bertaraf dunia didalam gelanggang motoGP. Hafiz Syahrin adalah merupakan pelumba motosikal Malaysia pertama yang berjaya meneruskan kerjayanya ke peringkat yang tertinggi iaitu MotoGP yang mana adalah gelanggang yang sama yang menempatkan idola motosikal seluruh dunia seperti Valentino Rossi dan Marc Marquez.
Hafiz Syahrin pada akhir tahun 2017 telah mendapat peluang untuk ke peringkat tersebut apabila bakatnya telahpun dikaji dan dianalisa oleh pasukan Monster Tech 3 Yamaha yang sedang mencari pelumba baru untuk menggantikan pelumba lamanya yang dikatakan tidak berada dalam kondisi yang baik untuk berlumba dalam Arena motoGP.
Nasib yang agak baik menyebelahi Hafiz Syahrin apabila beliau dipilih diantara 3 calon bakal bertanding bersama Zarco iaitu pelumba muda handal Tech 3 Yamaha yang agak digeruni seperti Marq Marquez.
Dia berpeluang untuk mengambil bahagian dalam ujian pra-musim awal di Litar Buriram. Ini juga didorong oleh ketidakupayaan penunggang lain dalam senarai yang mempunyai kontrak dengan pasukan lain, termasuk Yonny Hernandez. Hafizh Syahrin, yang dijuluki “El Pescao”, membuat persembahan yang mengagumkan pada lari ke-1 yang pernah dilancarkan pada motosikal MotoGP dengan mencatatkan masa pusingan dan pemula lain yang berada di litar lebih lama daripada dia.
Monster Yamaha Tech 3 gembira dengan potensinya dan menandatangani Hafizh untuk mengisi jawatan Jonas Folger untuk musim 2018.
Namun kenyataan yang dikeluarkan oleh TV3 telah mengguris ramai pihak kerana seolah olah merendahkan kebolehan Hafiz Syahrin dalam Arena MotoGP. Berikutan daripada itu TV3 dikutuk teruk di media sosial kerana agak celupar dan seolah olah langsung tidak menyokong pelumba tempatan ke mata dunia , Hafiz Syahrin. Alert TV
Reply