“kereta kecik, buruk, bodoh!”. Hina kereta buruk , pemandu vellfire limo dikutuk.

Tiap hari semakin banyak kenderaan telah timbul diatas jalanraya . Kenderaan kenderaan ini telah menyebabkan kesesakan jalanraya dan akibat dari tekanan yang berlaku kepada masyarakat yang terkongkong dengan undang undang dan kesusahan pada zaman ini telah menyebabkan masing masing tidak mahu menyerah kalah sekiranya berlaku apa apa insiden yang melibatkan kenderaan mereka.



Sikap kurang timbangrasa inilah yang menyebabkan kemalangan di jalanraya Malaysia hari hari kian meningkat secara mendadak. Tular di laman sosial video 2 orang lelaki yang sedang bertikam mulut selepas dipercayai kemalangan kecil telah berlaku antara dua kenderaan lelaki tersebut . Salah seorang daripadanya menaiki Perodua Kenari dan seorang lagi adalah Toyota Vellfire yang membawa nombor pendaftaran Limo.

Pada awal tularnya video tersebut ramai netizen telah mengutuk pemandu Vellfire limo yang dikatakan telah mengeluarkan bahasa kesat dan menghina kereta pemandu Kenari tersebut . Meskipun tidak berkait dengan kemalangan , namun Pemandu Vellfire tersebut berterusan untuk menghina kereta pemandu kenari tersebut .



Walaubagaimanapun setelah beberapa ketika pemandu Kenari memuatnaik video nya pula yang digabungkan dengan video pemandu Vellfire tersebut untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku . Menurut netizen memberi pendapat bahawa Kenari tersebut sememangnya adalah berada ditempat yang salah namun tidak sepatutnya pemandu Vellfire limo tersebut menghina pemandu Kenari dan ianya mungkin lebih elok jika diselesaikan dengan cara yang lebih baik.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!