Kerja gila pencuri jual motosikal curi dalam FB, Polis suruh owner sendiri deal dengan pencuri.

Kini kes kecurian motosikal semakin berleluasa. Kes ini semakin teruk apabila kini motosikal berkuasa tinggi turut menjadi mangsa kecuarian ini . yang lebih menghairankan semakin berani pula si pencuri apabila pencuri tersebut telah memuat naik gambar motosikal yang di curi di media sosial untuk dijual kepada orang ramai.



Seorang pemilik motosikal telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan pihak berkuasa apabila pihak berkuasa menyuruhnya supaya menghubungi pencuri tersebut tanpa tindakan yang lebih berkesan .

Selalu tgk org2 post motor kena curik atau kereta kena rompak dekat jb…smlm i & bakal suami pulak terkena gara2 lupa nk bwk lock motor..
Kejadian di giant plentong…kita sampai saner dlm pukul 1.30tghari,kita ader dlm mall tu setakat 2 jam aja…tk sangka dlm 3.30tghari,dh lesap dh motor…bayangkan lah eh,orang ramai…cctv ader…tapi ttp pencuri tu berani mencuri disiang hari…
Dlm keadaan kecewa,sedih,hampa….tiba2 je dtg prasaan marah…nk tau knape?i nk tau,mcm maner dgn system malaysia ni?dhlh security amik benda ni mcm remeh je….pergi balai pon sama jugak…
Tk sampai stgh jam kita buat report…dpt tau,motor dh kena upload dekat fb….pencuri tu nk jual…amcm ckp kalo polis jb suruh kita deal ngan pencuri tu sendiri?puas ati i je yg jadi polis ni mcm….kata nk tgk cctv pon,tkde info pape pon sampai skrg?



Last & for all lah eh…aper ke bodo org2 yg tgk motor tu dilelongkan dekat fb,tk terpikir pon yg motor tu kena curik?sbb dekat jb,mmg tkde motor super4….kita dh redha sebenarnya kalo motor tu dh dijual tapi kalo ader sesiapa yg nmpk motor bakal suami saya dekat daerah jb….sila hubungi saya +65 93760407…dan silalah viralkan post ni dekat maner2 group motor atau maner2 aja…hati2 bila ke jb,jgn sangka tiada PENCURI disiang hari

Menurut pemilik tersebut , motosikalnya telahpun dijual dan beliau tidak sempat berbuat apa apa kerana motosikal tersebut dijual dengan begitu pantas sekali. beliau juga gagal mendapatkan identiti pemilik akaun facebook tersebut berikutan akaun facebook pencuri tersebut telahpun dipadamkan.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!