Kes bantah tindakan kerajaan oleh Mahasiswa tidak dilaporkan TV3 dan berita perdana

Kes UEC kini menjadi viral di laman sosial dan kini dipergunakan oleh pembangkang untuk menyerang kerajaan baru Pakatan Harapan yang telahpun mengiktiraf UEC . UEC sering diperkaikan dengan penggunaan bahasa Melayu yang mungkin dilupusnya sekiranya UEC diiktiraf oleh kerajaan pusat di Malaysia.



Akan tetapi ianya sememangnya salah anggap oleh orang ramai dan mahasiswa berkenaan dengan perkara tersebut . Sebelum ini menteri pendidikan telah menerangkan secara jelas bahawa UEC langsung tidak akan membawa apa apa kesan terhadap penggunaan bahasa melayu dan lain lain malah ianya adalah merupakan penambahbaikan dalam sistem pendidikan di Malaysia yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan .

Ianya juga viral diperkatakan bahawa pengiktirafan UEC juga merupakan salah satu manifesto Barisan Nasional. Video Najib memberitahu bahawa beliau turut akan mengiktiraf UEC juga turut viral dan mendiamkan cybertrooper Barisan Nasional yang menggunakan isu tersebut untuk menentang kerajaan Pakatan Harapan .



Meskipun pelbagai penerangan dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan menerangkan tentang UEC namun sebahagian dari mahasiswa masih menolak UEC dan video mereka menjadi viral di laman sosial . Mereka kelihatan mengeluarkan sepanduk dan kenyataan membantah pengiktirafan UEC.

Usaha mereka untuk membantah UEC walaubagaimanapun tidak dilaporkan dalam media berita utama seperti TV3 dan berita perdana menyebabkan mereka masih tidak berpuashati dan menganggap stesen TV kini masih dimanipulasi oleh kerajaan seperti dahulu. Namun penyokong pakatan harapan memberitahu bahawa lebih banyak berita yang lebih penting dari UEC perlu dilaporkan .




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!