Lando Zawawi sememangnya terkenal dengan kerja kerja amal beliau burhubung dengan kes pembuatan jalan jalan di Malaysia oleh kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Telah banyak kes yang viral di media sosial berhubung dengan kes jalan yang rosak namun tidak di hiraukan oleh pihak yang bertanggungjawab sehingga di viralkan oleh Lando Zawawi.
Namun beberapa hari lepas viral pula seorang remaja yang maut akibat dari speedbumb yang tidak ditandakan di negeri Kelantan. Sebelum ini telahpun berlaku 6 kes speedbumb tidak bertanda yang meragut nyawa yang lain dalam masa 6 bulan. Remaja tersebut telah maut apabila gagal mengawal motosikalnya dan melanggar sebuah kereta dari arah bertentangan . berikut ialah luahan Lando Zawawi yang sememangnya prihatin dengan kejadian tersebut.
Lando Zawawi
Ok. Keluarga arwah dah roger wa. Ini adalah kes ke 7 dalam tempoh 6 bulan yg babitkan KEMATIAN dan PARAH akibat speedbump tidak bertanda.
Tunggu p.c ngo wa. Semua kes akan digerakkan dan berjalan serentak.
Orang buat speedbump untuk keselamatan
Lu buat sebab nak bunuh orang
For Our Fallen Brothers.
Netizen menyokong perbuatan Lando berkenaan dengan hal tersebut kerana netizen mengatakan masih benyak jalan yang mempunyai masalah sama di negeri lain selain Kelantan. Speedbumb baru ini biasanya dilakukan secara cincai oleh kontraktor jalan yang tidak bertanggungjawab yang tidak meletakkan papan tanda atau apa apa tanda jalan yang berkenaan telahpun diletak speedbumb.
Kes ini menjadi besar kerana dikatakan telah mengakibatkan kemalangan maut yang ke 7 kerana jalan tersebut yang gelap dan bonggol speedbumb tersebut terlalu tinggi. Landu turut menyertakan konsep pembinaan speedbumb yang sepatutnya memandang kebanyakan kerja kerja pembinaan speedbumb yang sekadar melepaskan batuk ditangga kerap kali berlaku.
Reply