Baru baru ini viral di media sosial bahawa seorang wakil atau YB dari Pakatan Harapan telah menjadi viral di laman sosial berikutan dengan kata kata beliau yang agak menyakitkan hati dan agak biadap sewaktu berhadapan dengan beberapa orang penduduk yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penutupan sebuah jalan di Melaka.
Menurut YB tersebut beliau menutup jalan tersebut akibat dari aduan dari orang ramai yang menyebabkan beliau membaiki jalan utama dan menutup jalan alternatif di sebuah tempat di Melaka. Namun penutupan jalan alternatif tersebut telah menyebabkan beberapa orang pengguna jalan tersebut telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap YB tersebut yang dikenali dengan Norhizam Hassan Baktee yang dilihat agak biadap sewaktu bersemuka dengan beberapa pengguna jalan tersebut.
Kata kata dan perbuatan kasar YB tersebut menyebabkan beliau dihentam netizen kerana YB tersebut kelihatan langsung tidak menghormati orang tua dan bercakap dengan sebegitu sombong dengan orang yang mengadu tentang permasalahan tersebut selain menghina beberapa orang pengguna jalanraya tersebut yang tidak berpuas hati dengan penutupan jalan tersebut .
Meskipun jika didengar dari keterangan YB tersebut adalah lebih benar namun netizen tetap menghentam YB tersebut kerana beliau sememangnya kelihatan angkuh dengan kata kata yang agak menyakitkan hati selain tidak menghormati orang tua. Beberapa keping gambar juga menunjukkan bahawa jalan alternatif tersebut jauh lebih dekat sekiranya digunakan dan ianya bukan menjadi kesalahan jika jalan tersebut tidak ditutup.
Reply