Di Malaysia sememangnya terdiri daripada berbilang kaum , agama dan bangsa . Ini menyebabkan boleh dilihat pelbagai kaedah dan perayaan disambut dan dilihat di Malaysia. Begitu juga dengan upacara bagi sekiranya berlaku kematian di Malaysia. Namun kali ini mungkin agak berlainan kerana menurut netizen ianya merupakan upacara bagi ahli kongsi gelap India.
Viral di laman sosial sebuah video sekumpulan warga yang dipercayai India telah menaiki kenderaan mereka secara ganas dan merbahaya di laman sosial sambil mengibarkan beberapa buah bendera. Kumpulan lelaki India tersebut telah menyekat beberapa jalan sewaktu konvoi mereka ingin melalui jalan tersebut . Mereka dilihat menaiki motosikal dan kereta dengan merbahaya tanpa memakai helmet dan sebagainya.
Kumpulan tersebut turut dilihat membuat bising dengan deruman enjin kenderaan mereka yang sengaja rev enjin kenderaan mereka sewaktu konvoi tersebut berlaku dan menyebabkan ramai yang tidak berasa senang dengan upacara tersebut . Menurut netizen ianya adalah sebenarnya upacara kematian salah seorang daripada ahli kongsi gelap namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Netizen mengutuk video tersebut dan menyifatkan video tersebut sama dengan mat rempit yang sentiasa membuat bising dan membawa kenderaan mereka dalam keadaan yang merbahaya. Netizen juga menganggap sebarang ahli kongsi gelap di negara ini perlu dibanteras kerana mereka sering membuat kekacauan dan jenayah di tempat masing masing yang membahayakan rakyat Malaysia ditempat tersebut.
Reply