Kualiti Yamaha semakin teruk . Pengguna Y15ZR kecewa.

Setelah kepupusan 2 lejang , kini era 4 lejang menjelang tiba dengan 135LC yang menggunakan sistem carburetor manakala sebuah lagi jentera yang paling popular di Malaysia iaitu Y15ZR pula menggunakan sistem Fuel Injection . Jentera Y15 menjadi amat popular di media sosial dengan kemampuannya dan bentuknya yang agak menarik dan futuristik dan menjadi pilihan utama peminat motosikal berkategori bawah 150cc atau supercub.



Y15ZZR kini pula bakal didatangi dengan facelift terbaru yang menjadi viral di laman sosial dengan beberapa perubahan dari segi luaran motosikal tersebut namun dari segi dalaman ianya agak mengecewakan apabila motosikal tersebut tidak menerima apa apa perubahan dari segi prestasi enjin motosikal tersebut malah masih menggunakan enjin yang sama dengan Y15ZR model sebelumnya.

Kali ini viral pula luahan seorang pengguna Y15ZR yang tidak berpuashati dan kecewa dengan kualiti motosikal tersebut. Meskipun baru sahaja dibeli , motosikal tersebut telah menerima pelbagai kerosakan yang agak pelik dan tidak sepatutnya terjadi yang amat membahayakan pengguna motosikal tersebut.



Pengadu tersebut turut menyertakan beberapa keping gambar jentera beliau yang telah rosak akibat dari kecuaian dan kuality Yamaha yang terbaru tersebut yang agak kurang memuaskan . Meskipun kerosakan tersebut jarang kita dengan namun netizen menyokong pengadu berkenaan dengan hal tersebut kerana beberapa lagi orang pengguna Yamaha Y15ZR mengadukan kerosakan yangg berbeza pada motosikal masing masing yang tidak sepatutnya berlaku kerana mereka membeli motosikal tersebut baru tanpa modifikasi.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!