Kuality aftermarket part motosikal Thailand lebih tinggi dari negara lain .

Didalam arena permotoran Malaysia , sememangnya teramat ramai yang bukan hanya menggunakan motosikal untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Namun, mereka membeli motosikal dan memodifikasi motosikal mereka pada tahap yang tertinggi kerana minat mereka sendiri terhadap dunia permotoran.



Untuk melakukan modifikasi, bahagian bahagian motosikal akan ditukarganti dengan bahagian yang berprestasi tinggi untuk menambahbaik motosikal kepada peringkat yang lebih tinggi seperti kuasa pecutan dan kuasa kelajuan motosikal. Oleh sebab inilah sebagian dari pemilik kapchai berjaya mendapatkan top speed 160 – 200kmj walaupun dari enjin yang bersesaran agak kecil iaitu bawah 150cc dari kilang.

ECUSHOP Thailand

Kilang Tyga Europe berada di Thailand



Sekiranya tersalah modifikasi , maka ketahanan motosikal akan menjadi lebih teruk dengan kerosakan bahagian penting seperti block , piston , dan bahagian enjin yang lain. Maka timbullah persoalan tentang ketahanan sparepart dari Malaysia dan Thailand. Thailand merupakan antara tempat pengeluar motosikal terbesar di Asia . Banyak syarikat terkenal telah membuat dan melabur untuk kilang kilang mereka di Thailand untuk pasaran Asia. Ducati sendiri telah membuka kilang di Thailand dan oleh sebab itulah Ducati jauh lebih murah berbanding dahulu.

Mungkin ramai yang tidak tahu kenapa aftermarket part Thailand jauh lebih berkualiti dan mahal berbanding aftermarket part Malaysia. Thailand mempunyai banyak kilang yang tersemuka bagi pembinaan aftermarket part yang setanding dengan jepun . PDK tsukigi yang asalnya dari jepun juga mempunyai kilang di Thailand, Honda juga sejak dari tahun 90an lagi telah membina kilang di Thailand bagi model NSR dan sehingga sekarang, kilang tersebut masih beroperasi dan kebanyakan bahagian original motosikal Honda adalah berasal dari kilang Jepun yang bertapak di Thailand.

PDK Tsukigi Thailand

Kilang NSR ditamatkan produksi diseluruh negara termasuk Jepun. Tetapi masih beroperasi di Thailand



Syarikat aftermarket terkemuka dunia iaitu TYGA Performance part yang wujud di Malaysia juga sebenarnya mempunyai kilang di Thailand. Aftermarket part ini dibina di Thailand dan kemudiannya dipasarkan ke seluruh dunia. Teknologi teknologi canggih ini yang berada di Thailand juga digunakan dalam pembuatan aftermarket part yang lain . Sekiranya anda perasan, Thailand merupakan antara pengeluar tercepat bagi aftermarket part bagi model model yang baru sahaja dipasarkan .

Sehingga kini ramai yang tahu mengenai kualiti aftermarket part Thailand yang jauh mengatasi negara lain. Namun tidak ramai yang tahu kualiti aftermarket Thailand telahpun setanding dengan Jepun kerana kilang jepun telahpun berada di Thailand.

Bagi yang gilakan barang jepun tu, tak semua motosikal di manufacture di jepun tau , kebanyakannya di Thailand. Sparepart kawasaki pun kebanyakan diimport dari Kilang Kawasaki Malaysia. Kilang jepun hanya RND je. part yang dikeluarkan tidak lama yer.. – Alert TV



Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!